Friday, July 29, 2011

Nano : Cuci Muka

Asal aku nak tulis pasal cuci muka neh?? Gedik giler jantan neh nak cuci muka semua bagai... Lantak lah! Aku punya suka lah nak cuci muka keh tak.. muka aku kot, bukan muka ko! 

Bagi muka yang mempunyai masalah muka berminyak, digalakkan untuk memcuci muka 2 kali sehari tau! Bukan apa, nanti minyak tuh akan bertankung dalam rongga kulit dan bacteria akan membiak.. Mula lah tumbuh jerawat.. pastu gatal nak picik.. Mula lah heboh sakit la.. parut la.. Tuh lah.. dah suruh jaga tak nak..

Sekarang ma, semua orang kena pakai kot pencuci muka.. Cuaca sekarang banyak panas ma.. ape orang cakap, Global Warming ituh.. Kalau tak jaga, nanti kulit muka merah-merah pastu burn ma..

"Nano, ko pakai sunblock ae? Nampak kot beza tona muka ngan tengkuk"
Agak tersentap bila orang tanya aku begitu.. aku mane pernah jumpa sunblock cream lagi.. ini kan nak beli.. Apatah lagi nak pakai.. Selalu nya aku akan jawab macam neh:
"Tak lah!, aku pakai scrub jeh lah!"

Hari tuh aku pergi field trip kat Terengganu.. (nanti aku post cerita sal trip tuh) Cuaca panas jgk lah mase tuh.. Balik jeh,habis semua muka merah-merah... Berbakar lah.. 
"eh, muka ko tak burn pon nano.."

Nie lah dia pencuci muka yang aku pakai!
Meh sini aku nak cerita, aku pakai scrub sebenarnya.. Tau tak scrub tuh ape? Scrub tuh adalah nama untuk pencuci muka yang mengandungi bijik2 halus. Function dia untuk menanggalkan sel-sel mati akibat terbakar dan bintik-bintik hitam akibat takungan minyak pada rongga-rongga kulit. Lebih kurang macam tuh lah..

Aku dipekenalkan dengan scrub neh pon mase cari pencuci muka kat pasaraya..  Adalah akak promoter tuh promote..
"Adik nak cari pencuci yang macam mana? Whitening atau masalah minyak"
"Yang masalah minyak lah akak" (Buat ape nak whitening? kalo muka dah memang gelap, tak mau nyer jadi putih..)
" Pakai yang ini lah adik.. Yang ini pakai setiap hari.. (tunjuk pencuci muka yang biasa) yang ini lah org selalu buat 2 minggu sekali (tunjuk yang scrub nye)"
"herm... (lama jugak lah aku fikir.. kena pakai 2 sekali? agak lah.. bukan murah lah tuh.. his.. takpe lah. Beli jeh lah dua-dua.. Muka aku jugak) Kasi dua-dua lah akak"
"ok, camni ae.. Adik pakai yang biasa neh tiap hari.. yang scrub neh adik pakai ahad ngan rabu." (bagus giler akak neh.. siap ajar lagi camna nk guna)

Tapi aku x ikot sangat akak tuh bagitau.. Aku pakai ikut suka juga.. Pagi pakai yang biasa, malam baru pakai scrub tuh. kasi buang kulit mati yang terbakar mase siang hari itu.. 

Dah sebulan jugak lah aku pakai.. Hasilnya bole tahan lah.. Kena pakai selalu lah.. Aku tak cukup disiplin lagi sebenarnya nak memakai produk secara berkala.. Sebab tuh aku tak minat nak ambik supplier or vitamin.. Nanti mesti ade yang tertinggal.. Bila dah tinggal sekali.. Memang rasa nak tinggal banyak kali.. Hehehe

Friday, July 15, 2011

DURA Technology Sdn Bhd

Pada 11 Julai 2011 hari itu, 3 buah bas telah bertolak ke Kilang DURA Technology Sdn Bhd. Lawatan ke kilang ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana konkrik diprosess di dalam sebuah kilang... Ada gaya ayat report tak? :D


Actually kena buat report sal trip tuh... Aku malas betul lah.. Aku datang trip tuh pon sebab nak berseronok jeh... Tak seronoh pon kilang konkrik neh.. kecik jeh pon.. Kalau kilang simen best lah kot.. Beso0 sikit... Hehehe... Takpe.. nak buat report neh.. Report nya berbunyi bergini~

Memula, CEO syarikat tuh menunjukkan kepada kami mengenai compressive strength konkrik kilang dia adalah yang terbaik dan terkuat dari konkrik biasa. Komposisi utama konkrik depa ialah mortar dan steel fiber.. Sebab tuh kuat! beruratkan dawai kot~

Lepas tuh dia tunjuk kat kami camne proses dorang campurkan semua bahan-bahan dorang tuh.. 

Dum! Dang! Dum! Dang! Bising giler bunyinye..  raksasa nak keluar dari situ! ultraman! datang selamatkan kami! Kehkehkeh...

Dah saip dia campurkan simen die tuh, die bawak konkrik die kat acu retaining wall die.. nak tunjuk yang konkrik die senang dan mudah untuk dikerjakan... (bajet)

Pastu die tunjukkan camne dia tengangkan kabel-kabel yang orang duk letak kat jambatan tuh.. Dia cakap, kalau mase proses tarik tuh, kabel tuh putus, kabel tuh boleh melepas cam peluru... (seram)

Pastu die tunjuk drop weigth impact test.. main hentak-hentak konkrik die tuh.. Pastu die bagi test kami orang ketuk retaining wall die dengan sekuat hati nyer... tak pecah kot~

Banyak lagi lah test yang dorang buat nak tunjuk concrete dorang tuh mmg dah macam steel.. Tak larat nak tulis panjang-panjang... 



Brom! Brom!
Bye! Bye!
Melompat dalam kilang... =.=;
Kaki nak bergamba jeh~

Saturday, July 9, 2011

Multi-Level Marketing

Siapa yang tak tau MLM angkat kaki! Hehehe... Sekarang neh, MLM sangat meluas dan terkenal. Hampir semua produk nak di MLM kan. Korang baca kat sini pasal MLM: MLM.


Terdapat pelbagai pendapat mengenai MLM neh. Ramainya yang mengakui MLM neh sangat menguntungkan. Tak kurang jugak ada yang memandang MLM neh satu benda yang tidak bagus. Hermm...


"Peluang hanya datang sekali." 




Ye ke sekali aja? Sebenarnya peluang selalu ada depan mata. Cuma kita jeh tak nampak dan buat tak tau. Sebab apa? Sebab ego! Ego nak berubah! Fikir diri dah cukup segalanya... (terasa) 


Bila kita dalam keadaan yang terdesak, baru sedar peluang tuh datang. Baru sedar nak kaut semua peluang yang ada. Ye lah, kita sanggup buat apa saja bila dalam keadaan yang terdesak kan. Ramai orang join MLM sebab merasakan ianya satu peluang keemasan yang mampu mengubah hidup mereka. Betul tak?


"Apa neh MLM? Sistem Piramid? HARAM neh!"




Ada sesetangah merasa kan MLM tuh tak bagus. Ye lah, orang atas dok goyang kaki jeh dah masuk duit. Orang bawah penat dok cari orang. Tak patut betol! Ini memindas nama nya!


Sedapnya mulut... Hey, kalau orang atas tak susah-susah dahulu nak cari korang letak bawah dia, dia tak senang-senang lah sekarang.. Semua orang bermula dari bawah ok. Nanti kau dah dapat banyak kaki, kau pun duduk goyang kaki tunggu duit hasil penat kaki kau jugak kan? 




Aku?


Bagi aku, MLM ini hak korang untuk memilih. Selagi perniagaan itu Halal dan Bersih, selagi tidak menimbulkan penindasan pada orang lain, selagi tidak melanggar syarak, berniaga lah korang. Berusahalah korang untuk mendapat duit. Kalau orang tak nak, jangan dipaksa. Itu hak mereka untuk menerima atau tidak. 


Hormati pilihan orang lain. Please! tolong ae. Biarlah dia nak join MLM. Janganlah pulaukan dia.. jangan lah duk kutuk dia, "Hey, tak turun KL keh minggu neh?".. Ayat korang.. Biar lah dia. Mungkin dia lebih memerlukan dari kita... 


Aku tau jeh aktiviti dorang mencari prospek semua tuh. Aku tau jeh ada yang tercundang akademik sebab sibuk MLM. Ok ape, dia fail, die ada duit nak repeat. Yang ko fail sebab main game tuh? ada duit nak repeat? ok.. ko anak orang kaya.. Duit macam kertas jeh.. Ambil pengajaran dari yang lepas. Itu hak dorang untuk membentuk masa depan dorang. 


Tak perlulah nak anti sesangat dorang tuh. Tapi nak buat macam mana.. Dah lumrah alam.. Setiap benda baik, mesti ada yang pandang tak baik.



Friday, July 8, 2011

Nano : Kenapa Nano?

Kepada yang baru mengenali aku, atau yang dah lama... 


Mesti masih ada lagi dikalangan korang yang masih lagi tertanya-tanya kenapa nak panggil aku nano? Even yang dah panggil aku nano lama pon tetiba tertanya.."Eh, nape nano ae?" Selalunya aku segan nak cerita.. Jadi aku jawab, " Panjang ceritanya..." Susah lah nak cerita.. kalo aku cerita mesti nak detail gile.. Takpe, aku wat entry kali ini nak jelaskan dengan panjang lebar. Pastu, kalo ada yang tanya lagi, aku suh die bukak entry neh.


Segalanya bermula dengan cerita Angle Tales...




Aku jenuh cari season one nyer cerita kat youtube.. dulu ade.. tapi dah kena remove.. season dua jeh aku jumpe.. 


Dalam cerita tuh ada watak nama Kurumi (tgk kt SINI, scroll sikit).. Dia akan habiskan ayat die dengan perkataan "nano".. Ada kat video tuh minit ke 14. Kurumi neh comel lah bila buat cam tuh nano! 




Nak dijadikan cerita... masa aku form 2, aku try lah tiru style die sebab aku rasa ianya cute! Pergi sekolah pepagi jumpa member, 
"selamat pagi nano!".. 
"Hey, ko wat ape nano!".. 
"nak pinjam pensil nano!"...
Tuh lah skrip aku mase tuh.. mase tuh zaman bebudak.. tau main jeh.. masa nak wat email yahoo yang pertama aku pon aku buh nano tuh (nain_nano).. Zzz...


Dalam comel-comel aku, ade jugak yang tak suka (ceh, bajet gile aku!)...
"Nano...nano.. Hahaha (gelakkan aku).." Pastu bile jumpa aku, "mana nano! nano! ko?".. Pastu aku rasa cam sesuai lak nano tuh dengan aku... Herm.. Memula orang member wat seloroh jeh.. Lama-lama melekat.. 
Tapi stay lagi ada kawan-kawan yang panggil aku "nain".. 


Masa dekat MRSM aku sengaja men"famous"kan nama Nano neh sebab ramai sangat nama Zul kt maktab aku.. Susah nak bezakan. Dah lah tuh, ade jugak yang sama sebijik ngan aku.. lagi lah aku rasa nain tuh tak sesuai.. 



Sebab dah terlalu biasa nama nano tuh dengan kawan-kawan sebaya, aku tak lah kesah.. cuma segan sikit bile cikgu panggil nano jugak... aku tak biasa sangat lau orang lagi tua dari aku panggil aku nano.. 


Tuh mase kt maktab.. Aku baru ingat nak orang panggil aku Zul or Nain dekat U.. Tapi, bila dah ramai budak maktab aku dapat U same dengan aku.. Terbawak-bawak jugak nama nano tuh.. Huhuhu.. Nano... Nano...

Saturday, July 2, 2011

Gosip - Gosip UTP : Tukar Nama

Aku ade bebelek stats aku... Terkejot giler bile dalam seminggu, post paling banyak adalah pasal UTP dan mencecah lebih 80 view dengan followers aku yg tak ramai. Takkan lah followers aku nak bukak benda sama tiap hari kan. Cuak aku... takut bawak cerita salah.. Aku terus mengikuti kes UTP tukar nama neh.. Sampai Presiden MPP post dekat Facebook yang Vice Chancellor cakap semua itu khabar angin jeh.. OH GOD! Apa aku dah buat neh...


Last-last aku jumpe nie:


kat blog orang nie >> Klik Sini . So, betul lah kan aku tulis tuh.. 

Tak kan Head Department Civil menipu lak kan.. Berapa ramai budak yang pergi Welcoming Address malam tuh yang dengar pasal kes UTP neh.. Korang nilai-nilai lah.. 

Apa pun perubahan, aku sanggup hadapi. Asalkan yuran pengajian tak naik dengan melambung dan aku mampu nak teruskan pengajian dengan duit MARA tuh. MARA dah lah tak nak tambah duit "pinjaman" dorang tuh. Tolong faham ae UTP. Nie aku yang ber"biasiswa". Yang tak ada tuh? Macam mana?

Mungkin akan ada juga pihak yang tak puas hati dengan penukaran nama neh... Sebab dekat speech tuh nak banyak kan petro-technical graduate.. So, adakah semua major dalam UTP akan ditukar dan hanya difokuskan pada industri minyak dan gas asli sahaja? Aku tak dapat nak jawab... Kita tunggu dan lihat sahaja. Kalau tak puas hati, kita pakat ramai-ramai tukar U...

Happy Birthday Nan0! Sweet 19th

Tanggal 28 Jun merupakan tarikh dimana aku dilahirkan di dunia yang fana ini (asal ayat poyo neh?)... Aku ade tengok sijil beranak aku. Rupanya aku lahir dalam pukul 7.20 mlm which mean dekat-dekat maghrib bagi kawasan rumah aku. Ada orang cakap, waktu kita lahir mempengaruhi perwatakan kita. Contoh: kalau lahir waktu tengah hari, seseorang tuh akan keras kepala... Eh! boleh pulak gitu ae? Ntah betol ntah tidak...

This year (2011), aku sambut birthday kt UTP jeh... Sedih sikit tak dapat sambut dengan family kat rumah... Nak buat macam mane dah nasib orang merantau... Dengan ada kawan-kawan yang celebrate aku kat sini, aku dah cukup bersyukur... Terima kasih kawan-kawan.. Susah nak celebrate tuk aku... Aku cukup terharu gila...

Birthday kali nie agak memorable jugak lah.. Sampai 2 kali celebrate. 1st masa tepat jam 12.30 pagi. Masa tuh aku baru balik bilik lepas supper dengan kawan-kawan aku. Masuk bilik jeh dah terbentang makanan.. Alamak! aku baru lepas makan! Mampus.. gemuk lah.. Memula ada satay jeh. Roommate yang beli. Ok, aku boleh kot makan lagi 2 3 cucuk jeh.. Kenyang sangat kot.. Pastu tetiba keluar kek! Oh God! aku dah terharu.. tak payah lah nak beli kek semua.. makan-makan sikit dah lerh.. Thanks bebanyak my friend! Aku memang tido dalam kekenyangan~
Celebrate sampai kul 1.30 pg. Mujur aku kelas kul 10pg.

Lepas habis kelas, tetiba bebudak kelas aku ajak makan kat Ipoh celebrate birthday aku. Oh God! tap payah leh sesusah.. Kat dalam UTP pun takpe.. Tapi mamat sorang neh bersusah jugak nak bawak aku keluar.. Lagi aku terharu... Tak sanggup aku nak tolak.. Makan-makan lagi.. Bertambahlah berat badan aku gini.. takpe! setahun sekali!

Mamat baju hijau tuh lah yang bersusah seret aku ke Ipoh
Itu makan-makan... Ada jugak yang bagi aku hadiah. Weh... Cukup lah makan-makan jeh.. Tak payah hadiah-hadiah.. Makan-makan dah cukup dah.. (poyo giler aku.. dah orang nak bagi, terima jeh lah).. 

Nie bukan uniform kilang ae.. tapi hadiah birthday aku. Baju kemeja tuh membe aku bagi. Lesen L tuh cikgu driving aku anta mase malam tuh jgk. Kire hadiah birthday lah kan (poyo)! Lesen tuh siap 27 lagi dah. Dengan lesen L neh, aku boleh merempit dengan moto dan drift kereta dengan cikgu driving aku.. ayat nak gempak jeh.. Bawak kereta pon masih terkial-kial lagi.. Huhuhu..

Akhir kata: Terima kasih kawan-kawan yang celebrate birthday aku! Yang wish pon aku ucapkan terima kasih bebanyak.. tuh pun dah buat aku happy.. Thanks you all!