Saturday, January 14, 2012

Adat Perkahwinan Melayu: Merisik


See, nampak sangat nak kahwin. Gatal juga penulis kita neh kan.. Hehehe.Nie gara-gara aku kerja retu lah. Nak cerita pasal kahwin lak an.. Dah keje kat kedai barang kahwin, mesti kena tahu sikit-sikit kan. Baru bole recement macam-macam.


Entry kali nie khas untuk kawan-kawan I yang dah tak sabar sangat nak kahwin. =P
Korang boleh lah jadikan post nie sebagai panduan korang ya!


Merisik


Secara kasarnya, korang tahu ape tuh merisik kan?
Merisik, kata dasarnya ialah risik. 
risik = spy. 
Spy = skodeng. 
So, boleh kata pergi skodeng anak dara orang lah nie? Hehehe. Gurau jeh lah. 
Nie ha maksudnya sebenar. Merisik ialah wakil pihak lelaki yang datang ke rumah pihak perempuan dengan tujuan ingin menyatakan hasrat si teruna ingin berkahwin dengan si dara pilihannya. Selalunya ibu bapa atau sedara mara atau sahabat handai kepada si teruna yang datang sebagai wakil si teruna. Banyak betul "atau" nya. korang paham- jeh lah "atau-atau" tuh ye.


Tapi, takkan rombongan merisik datang macam tuh jeh kan. Kita nak pergi menyunting bunga di taman kan. Apalagi, bawa segala alat memotong bagai. Gunting, pisau, pemotong bunga dan sebagainya. Kenapa kena bawa tu semua? Ala, cakap nak pergi menyunting bunga. Bawa lah semua. Hahaha.. Loyer buruk lak aku kan.
Of course lah wakil pihak lelaki bawa cincin merisik. Sebagai tanda, si dara sudah pun dipilih oleh orang. Kira tanda-tanda lah. OK, korang belikan cincin merisik yang besar-besar dan bersilau-silau. Nanti dari jauh-jauh boleh nampak. Pastu korang boleh tunjuk dekat kawan-kawan korang, "tuh bakal bini aku tuh!"


Bagi pihak perempuan, biasanya si bapa atau ibu atau sedara mara atau sahabat handai perlu menentukan kata putus si anak dara sama ada terima atau tidak. Kalau si dara setuju, maka tarikh pertunangan sudah boleh ditetapkan. Tapikan, tak kan lah tetamu datang rumah tak bagi apa-apa kan. Ala, cukup lah sekadar sediakan fresh oren dengan kek coklat. Kata nak ambik hati bakal mak mertua... Hidanglah yang grand-grand. Pastu muka tak malu cakap, "Jemput lah makan, buat sendiri neh."


Bila semua dah duduk-duduk, makanan dah disediakan, maka mula lah mensyuarat nya. 

  "Kami nie datang dengan hajat ingin menyunting bunga di taman encik nie." sambil mengeluarkan cincin.

  "Tak payah encik-encik ni. Panggil Pak Din jeh. Oh, nak petik bunga.Bunga kami kat laman rumah tuh banyak. Pilih lah nak mana satu. Hahaha." sambil menunjuk halaman rumah.


  Hai.. Loyer buruk lak orang tua ni. "Erm, sebenarnya kami datang nak merisik anak dara Pak Din. Ini dia anak teruna kami yang berkenan dengan anak Pak Din ni. Nama die --------" sambil menunjukkan gambar.


   "Hahaha. Pak Din saje jeh berguro dengan kome. Ooowwwhhhhh! Tampan orangnya. Cam Shah Ru Khan! Tak ye mak nyer?" menunjukkan gambar tadi kepada isterinya. Isterinya hanya menganguk sahaja. "Kita tanya tuan punya badan dulu lah yee.." Si isteri bangun dan pergi menuju ke arah anak daranya. "Anak muda nie, umurnyer berape? kejenyer ape? bla bla bla..." bertanya memanjangkan lagi perbualan..


Beberapa minit kemudian, isteri Pak Din datang berbisik kepadanya. 
   "Lepas maknyer berceloteh dengan anaknya tadi. Anak dara kami dah bersetuju terima bakal suaminya 
tuh. Bulat suara die, bulat jugak suara kami. Kalo petak suara die, berpetak jugak lah suara kami. Hahaha. Jadi, bolehlah kita tetapkan tarikh pertunangan pulak ye."


   "Kalau macam tuh, kami berbesar hati memberi Pak Din cincin merisik ini untuk anak dara Pak Din tuh. Menyenai tarikh pertunangan mereka tuh, kami lebih suka menyerahkan pada anak kami menentukannyer. Maklumlah orang bekerja neh, kite ikut time cuti diorang lah. Katanyer, kalo boleh, nak datang bertunang pada ------. Boleh Pak Din nyer?"


   "Owh, begitu. Rasanya, kalau tiada apa-apa halangan, kami pun bersetujulah dengan tarikh tuh. Kalau nak diawalkan tarikh pon boleh. Apa orang puteh cakap, es sun es posibee... Hahaha...Ha, jemput lah minum-minum.."


* Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Harap-harap masih ada yang mesra alam macam Pak Din tuh.. Hehehe...


Nantikan post yang seterusnya! Pasal bertunang pulak ye.

Tuesday, January 3, 2012

2012

Selamat Tahun Baru semua! Hahaha.. lambat post. Kalau masuk jeh tahun baru, mesti ramai yang sibuk duduk cakap pasal azam.


"Weh, azam tahun baru ko apa? Azam tahun lepas dah tertunai?"


Hahaha... Aku sensitif sikit bab-bab azam neh. Almaklumlah, jenis malas nak fikir azam baru. Asyik guna yang sama jeh. So, jawapan aku pon tak banyk beza dengan tahun lepas punya. Hehehe..


Sebenarnya, aku nak bagitau korang. Ada benda baharu dekat blog aku neh..


Jeng! Jeng! Jeng!


DISQUS!






Ape benda ko mencarut neh Nano. Natang apa tuh?
Meh sini aku nak habaq nie. Nie adalah tempat baru korang nak komen aku punya post. Kelebihan die? Nie ha:



Senang nak set up. Tak lah susah cam tool yang facebook punya tuh. Asyik tak jadi jeh. Korang hanya layari disqus.com. Daftar dan ikut langkah-langkah semua bagai. Siap!

Ada button suka (like). Korang boleh like aku punya post beb. Jangan risau. Button dislike pon ada. Hahaha. Nyatakan kesetujuan anda dengan menyukai post saya! 


coment-reply function (ntah ape aku merepek neh). Korang boleh komen dekat komen orang lain. Kalau korang tak suka komen orang tuh, korang boleh balas komen die: "**** lah ko!". Hehehe..


Tuh jeh lah kot fungsi yang aku tahu. Ceh, berlagak pakai disqus cam blog awak ramai jeh orang nak tengok. Hahaha.. Biar mimpi sampai ke bintang.. hahaha... Ok, korang guna segala kemudahan dengan baik nyer!