Wednesday, October 17, 2012

Papercraft Gundam Unicorn

Semasa cuti semester neh, aku buat neh lah sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang aku... hehehe.. take a look.

Proses pembinaannya memang memakan masa. Dari bulan 5 sampai awal bulan 10. Bukan apa, banyak kerja tertangguh kerana dek assignment. Student lah kata kan...

Aku print semua neh, awal sem. Buatlah sikit-sikit bila ada masa free.. Katanya projek jangka masa panjang. Lepas pertengahan sem, stop terus. Sebab dah start busy.. Pastu sambung masa cuti semester 4 bulan neh...
Printing template. 
Kepala yang disiapkan masa bulan 5.
kotak kerja. Hehe.
Awal bulan 10 bru siap.
Pastu bila dah siap neh, aku naik pening camna lah nak dirikan gundam neh. Sendi dia lembik blaka. Sampai aku kena sendat ngan kertas lain bagi keras sikit. Macam-macam pose aku cuba supaya bole stand. Lastly, pose camni lah yang mampu buat gundam neh berdiri sendiri.. Snap lah gambar semasa boleh pose neh. Haha~

Gambar pose dengan Beam Gun:



Gambar pose dengan Bazuka:



Yang nie pulak gambar bahagian badan nyer:










Kalo korang berminat nak buat natang neh, aku bagi link nyer: http://gunime.blogspot.com/2011/05/unicorn-gundam-papercraft-complete.html 

Nak buat neh memang perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi tau! So, selamat mencuba!


Wednesday, October 3, 2012

Gosip - Gosip UTP : Pilihan Raya Kampus (PRK) UTP

Sumber : MPP UTP

Gambar rajah diatas menunjukkan perbandingan peratus bilangan pelajar yang keluar mengundi semasa Pilihan Raya Kampus di UTP dan IPT yang lain (skema siak! macam ayat SPM kot!). 
Korang terkejut tak tengok angka-angka neh? Tak ae? Budak-budak UTP tak terkejut pun dengan perbandingan neh.Sebab kami tahu sistem pengundian dan pilihan raya kampus kami macam mana. No wonder lah ramai yang malas nak turun.


Meh aku cerita pengalaman aku terlibat dalam PRK sebanyak 2 kali selama 3 tahun di UTP.
Cop! Cop! 2 kali dalam 3 tahun? Bukan setahun sekali keh?
Yer. 2 kali jeh. Tahun 2010 dan 2012 jeh PRK yang aku pernah lalui setakat neh since aku masuk UTP pun tahun 2010. 2011 takde PRK. Mungkin sebab peralihan dari di-mester (2 semester setahun), kepada tri-mester (3 semester setahun) pada tahun 2011 tuh kot. Masa semester September-Disember tuh, mmg ramai giler budak cuti. Tinggal budak UG Mei '11, Sept '11 dan Foundation Jan '11 dan Mei '11. Sikit jeh you all. Nak buat pilihan raya masa tuh pon tak sesuai. So, Semester Januari-April 2012 dipilih untuk dijalankan PRK seterusnya.

PRK 2010
Pengalaman aku yang pertama merasai suasana PRK. Aku boleh terlepas manifesto you all! Sedar sedar senior dah cerita pasal nak mengundi! Bukan aku jeh, ramai budak-budak foundation tak tau manifesto dekat mana dan bila. Selak-selak e-learning xde pon detail manifesto. Poster "Undilah Saya" dah ade tapi xde pulak bagitau suruh datang manisfesto.
Ye lah, aku kan mentah-mentah tak masak lagi masa tuh. Tak tahu apa apa pon. Rugi sangat tak tengok manifesto. Undi jeh lah abang-abang yang hensem dan akak- akak yang cantik.
Tapi bagus lah 2010 nyer. Undian boleh dibuat di cafe village masing-masing. Masa makan tengah hari pon sempat nak mengundi.

PRK 2012
Mantap lah! Aku suka tahun nie punya. Sebab aku follow manifesto sekali. Jadi tahu lah siapa yang layak diundi. Lagipun budak batch aku ada masuk bertanding. Memang semangatlah aku menolong bersama mengantung poster.
Siap ade lucky draw lagi bagi siapa yang turun mengundi. Tapi, kena turun mengundi dekat Chancellor Hall. Satu tempat jeh? Dah lah ramai yang tak suka CH tuh. Lubuk pak guard kot. Kalau takut dengan tebuan, jangan bermain di sarangnya. Dah lah tuh, ditakdirkan cuaca sangat mendung pada hari itu. Memang boleh predict lah berapa kerat jeh student yang akan turun mengundi.
Kenapa lah tak buat di cafe setiap village? Bangun-bangun tido tak gosok gigi pon boleh pergi mengundi.

Undian atas talian (online)
Kenapa UTP tak buat macam neh? Tengok UIA, dorang pakai undian atas talian jeh. Takde pon perkataan TEKNOLOGI kat nama univeristi dorang.
Kenapa? takut kena hack ae?
Ok, UTP ramai hacker... 
Kalo ramai, dah lama dorang hack student profile tuh. Padam semua saman yang yang ada. Kan lagi menguntungkan.
Kalo takut undian pukal, guna lah Student ID sebagai identiti. Takde lah kes pengundi hantu nanti. Lagi effective aku rasa. Tak payah buat kiraan undi manual. Takde kes tersalah kira undi. Undi rosak pon takde! kaannnnn.
So, management UTP kena take note lah. Kalo ITMS malas nak buat, suruh jeh budak Post Graduate ICT tuh buat. Hulur duit, setel masalah. Siap boleh kasi budak final year buat FYP sekali.
Kalo buat undian atas talian, rasanya bilangan pengundi akan meningkat.

"Celik mata, bukak FB, baca status suruh mengundi, bukak link, masuk ID, pilih calon. submit."

Cafe-cafe sekarang kan dah ade wireless. Most of the student pon dah ade smart phone. Sambil-sambil makan pon bole mengundi sekali. Siap bagitau kat member suruh mengundi. Kannnn.

Nano neh, bebel jeh kerja...
Aku bagi bagitau jeh apa yang aku rasa. Dan bagi cadangan dari buah fikiranku yang kecil ini. Kalo tak nak terima, takpa. Aku terima pandangan korang dengan hati yang terbuka. Setiap benda ada baik buruknya. peace yo! (^.^)Y