Sunday, May 29, 2011

Kung Fu Panda 2

Mai mai! Ajak mak, ayah, adik-adik, abang-abang, akak-akak, pergi wayang cerita Kung Fu Panda 2. Best kot! Sangat sesuai kalau nak tengok bersama family dan kengkawan! Jangan lupa beli popcorn ae. Makan reramai.. hehehe.. Korang boleh gelak... boleh tergamam... boleh tersentuh... macam-macam ada! 

Dragon Warrior

Hahaha!
Memang banyak giler part yang korang boleh gelak.. Dalam tengah lawan-lawan pon boleh gelak.. HAHAHAHAHA! Panda tuh memang suka spoil aksi serius.. tengah semangat nak tengok aksi boleh wat lawak.. Memang hebat lah penulis skrip (kot) yang wat cerita macam neh... 



Wow!
Hebat kot si Panda tuh... Dia ada skill kung fu baru.. korang kena tengok lau nak tau.. aku tak pandai nak cerita neh.. Hehehehe... Dalam tidak serius dia tuh, dia boleh jugak focus dalam berkung fu neh... Semangat dia nak mempertahankan kung fu di negeri cina dari dihapuskan oleh Shen ( si peacock) tak guna tuh... Babak dorang  bertarung memang best..  si peacock nyer style bertarung smart kot.. rugi betol dia jadi jahat... kalau die joint Dragon warrior (Pahlawan Naga) mesti kumpulan tuh jadi heroes yang hebat giler! 


Huhuhu...
Korang tau kan, Mr Ping (angsa tua) tuh, bukan bapak sebenar Po kan? Ye lah, mana ada angsa yang lahirkan panda kan.. dah lah tuh, angsa jantan lak... Mr Ping mana ada bini... Tapi Po tuh macam pending jeh.. Kasih sayang yang belah bahagi buatkan Po yakin Mr Ping tuh ayah dia... Tapi, apa suatu hari dia tanya Mr Ping... "Where I come from and who am I?" ( "Dari mana saya berasal dan siapa saya?")... Mr Ping macam teragak-agak jugak lah nak jawab an... Mana sampai hati nak cakap "aku jumpa ko tepi jalan..." Eh, aku macam dah spoiler jeh... 
Nnt 19 Jun 2011, korang tengok lah satu keluarga...Beli CD or DVD or Blu Ray.. Hari ahad kan.. Elok kalau dapat ada satu family... Menitis kot air mata aku masa tengok tuh.. Teringat kat ayah aku! Huhuhu.. Orang diperantau neh.. Memang jarang jumpa family.. Ayah! I miss U!


Oh Sweet...
Panda ngan angsa tua tuh memang sweet lah.. Mr Ping memang sayang gile Po tuh... Ye lah dah macam anak sendiri... Bila Po balik dari selamatkan China tuh, Mr Ping peluk puas-puas anak dia tuh.. Pastu gaduh siapa yang nak masak makan malam.. herm....


Hem! Hem!
Tigress (harimau betina) ada pape keh ngan Po ae?? Masa lepas menang kan, Po peluk ar dia.. Pastu dia macam kaku jeh.. Hem! Hem! Tigress memang caring sebenarnya dengan Po neh... Dia banyak tolong tenangkan Po bila Po terganggu emosi ... Walaupun ganas, hati macam taman bunga... 


Wednesday, May 25, 2011

Sailormoon

"Dengan kuasa bulan,akan menghukummu!"


Kenal tak dialog neh? Kalau tak kenal, mesti tak tengok sailormoon... Hahaha... Masa aku kecik-kecik dulu rajin lah tengok.. sekarang dah tak dah.. Masa umur 5 6 tahun dulu, kartun ape yang aku tak tengok. Semua karton aku tengok. Diantaranya Dragon Ball, Barney and Friend, Along, Digimon, Pokemon dan banyak lagi. Haha... Masa aku cuti semesta yang hanya seminggu tuh (universiti aku pelik sikit), memang aku manfaatkan sepenuhnya... Tapi.. kebosanan jugak akhirnya... Lau bosan, aku tengok TV jeh.. 


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari (21/5/2011) aku main kalih-kalih TV.. Maklumlah.. tengah bosan.. Maka tertengoklah aku kartun sailormoon neh... Hehehe.. Mula-mula tak nak tengok pon. Kalih lah channel lain.. semua cerita bosan. Layan lah sailormoon neh.. Nak mengimbau kenangan zaman kecik-kecik dahulu.. Apa lah menarik sangat cerita kartun neh, sampai aku minat giler.. Hem...  Layan... 






Starting pon aku dah tertarik.. Sebab ada lirik bahasa kebangsaan kat bawah itu.. Terkejut aku. tak ada bahasa jepun pon.. Ganas2...


Aku nak share sikit benda-benda menarik dengan sailormoon neh... Bagi aku menarik lah. Bagi korang aku tak tau...


Watak-watak dalam sailormoon.
semua nama superhero berdasarkan nama planet dalam sistem suria. 
sistem suria




Sailormoon- yang ini berunsur bulan.. Sebab tuh lah dialog dia macam neh:


"Dengan kuasa bulan,akan menghukummu!"


Sailor Moon- memang kuasa dia bulan jeh. Dia hanya mampu menukarkan raksasa menjadi bentuk asal mereka semula. Kalau lawan-lawan mesti kena ada pertolongan dari kawan- kawan dia.. herm...
Sailor Moon


Sailor Mercury- kuasa dia berunsur air. Herm, macam pelik jeh.. bukan planet utarid (mercury) paling dekat dengan matahari keh? Asal kuasa air? Api lah.. herm.. takpa, ikut jeh penulis..
Sailor Mercury




Sailor Venus- kuasa dia berunsur logam. macam rantai-rantai lah... Warna ada lah sama cam planet Zura sikit.. kuning-kuning gitu..


Sailor Venus


Sailor Mars- kuasa berunsur api. Planet pon dikenali sebangai planet merah.. Ok lah kaler merah.. masuk-masuk.. hehehe
Sailor Mars




Sailor Jupiter- kuasa berunsur semula jadi. seperti cuaca dan tumbuhan. Herm.. kuasa dia adalah kaitan dengan planet Musytari.. sebab planet neh banyak ribut taufan..
Sailor Jupiter




Sailor Saturn- mampu membatalkan kuasa musuh, kuasa pemulihan dan membina menghadang kuasa.. herm.. mungkin penulis mahu mengaitkan dengan gelang planet Zuhal kot... biarlah rahsia
Sailor Saturn


Sailor Uranus- mengawal unsur angin.Mostly komposisi planet Uranus adalah udara.. so, ada kaitan lah nie..
Sailor Uranus




Sailor Neptune- kuasa berunsurkan lautan seperti ombak besar. Planet neptun pon warna biru.. padan-padan..
sailor neptune




Sailor Pluto- kuasa mengawal pergerakan masa. Tak tau lah apa kaitannya ngan planet Pluto. Mungkin sebab Pluto planet (yang dulunya planet dan sekarang hanyalah bintang) last sekali kot...
Sailor Pluto




Costum superhero
macam baju uniform sekolah kat jepun jeh.. cuba skirt pendek lagi jeh.. Cara pertukaran dorang seksi lah.. hehehe... 


uniform sekolah jepun...
Tengok dari segi pakaian macam baju kelasi pon ada sikit-sikit kan. Mungkin sebab tuh panggil sailor moon.. sailor=kelasi... 
baju kelasi (sailor)
Tak larat nak cerita panjang-panjang.. Korang refer Wikipedia jeh for more information ae.. hehehe...



Saturday, May 7, 2011

Nyamuk oh nyamuk

Hehehe.. tajuk entry kali ini cam pelik je kan? Sebenarnya, dah 2-3 hari aku tidur tak lena. Semuanya gara-gara nyamuk. Kalau gigit tak gatal takpe. Nie tak, gatal! Cam kene gigit semut! Hari nie aku tekad nak dapatkan tidur yang lena.. So, aku kena lah beli benda yang boleh halau nyamuk... 


Tapi before that, kena tahu nyamuk tuh apa dulu... 
Menurut Wikipedia versi bahasa melayu, nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera (saudara lalat) bla bla bla bla.... mosquito (nyamuk dalam bahasa inggeris) berasal daripada bahasa sepanyol yang bermaksud lalat kecil... 


Nyamuk betina menghisap darah untuk bertelur. Pembetukan telur memerlukan protein (dalam darah) kerana diet mereka hanyalah madu dan jus buah yang tiada protein. So, nyamuk jantan tak isap darah! Gatalnya nyamuk betina neh nak isap darah aku! Hish! Banyak lagi lah laki yang lagi sasa dari aku! Pergi! Pergi!


Kita tengok ape yang nyamuk jantan buat pulak...




HIV Positive?? Pastu bunuh diri dengan ridsect?? Hem....




Nie dah bankrup pon nak bunuh diri juga???



Memang dasar betina curang.. Sian.. nak bunuh diri tuh... huhuhuhu....

Ok. kita dah tau nyamuk suka apa dan apa dia buat bila nak mati.. Jom pie kedai usha barang nak bunuh nyamuk... Hehehehe..

Alamak! banyaknya!! mana satu nak beli neh???


Pilihan a


 Hem.. Nak beli nie lah.. boleh foging bilik.. bia mati semua nyamuk.. Tapi.. nanti bila dah hilang bau.. Datang nyamuk lain pulak...

Pilihan b

Yang ini nampak cam efektif.. Tengok yang lain dulu...

Pilihan C

Yang memang jadi pilihan sejak dulu lagi.. Hehehe.. Sikit asap tapi tetap berkesan.... Hem.. 

Nak beli mana satu neh???

Last-last... aku beli  A dan C.... Aku nak test. Malam nie nak pakai C! Roommate! Malam nie kita tidur dengan aman!

Thursday, May 5, 2011

Produk Google

Sebelum aku masuk Universiti Teknologi Petronas (UTP), aku merupakan pengguna Yahoo!. Yahoo mail aku pakai, yahoo massager aku pakai jugak. Pastu, bila masuk UTP jeh, aku mula memakai Gmail, google nya email akaun. Hehehe.. Mula-mula Gmail.. Lepas itu, google translate, Gtalk, Google chrome and last, google desktop. Hehehehe... Aku nak memperkenalkan produk google yang aku guna secara ringkas. Kalau korang berminat, gunalah!
google....


1) Gmail
Google nyer email akaun. Macam email yahoo yang lain. Aku mula guna akaun gmail ini sebab mostly senior UTP semua mempunyai gmail. Senang. Boleh buat google group (GG) yang cukup famous kalangan kelab-kelab atau mana-mana pertubuhan di UTP ini. Masuk jeh event, mesti ada GG. Memudahkan komunikasi antara ahli dan tidak perlu untuk buat meeting banyak kali. Google Wave lebih kurang macam GG. Meeting dalam alam maya.. Realtime kot! Hehehe..


Gmail kesayangan aku.. 


Contoh GG Bacth aku


Google Wave
 2) Gtalk
Mula-mula, aku tertanya juga, "apa itu Gtalk?". Setelah meng"Google", rupanya Gtalk tuh lebih kurang macam yahoo massager. Senior cakap, Gtalk lagi ok berbanding Gtalk, sebab keadaan internet UTP yang lembap menghadkan penggunaan YM. Dengan ciri-ciri Gtalk yang ringan dan simple, ia memudahkan komunikasi berjalan dengan lancar.
Gtalk menjadi teman berborak.


3) Google Chrome
Product google yang best. Google chrome lebih ringan berbanding Mozilla dan internet explorer. Jadi, acara melayani internet dapat dilakukan dengan pantas menggunakan google chrome. Gunalah google chrome!Banyak juga game yang boleh install dalam application google chrome ini.


Google Chrome yang smart!
4) Google Desktop
Google desktop lebih kurang macam desktop gadget window 7. Tapi rasanya google desktop ini untuk user yang tak pakai window 7. Ada extra gadget untuk google desktop yang aku suka: flower pot! Boleh siram-siram. Nak nampak cantik, letak cuaca atas folwer pot. Nampak macam real. Hehehe. Kat google dekstop, korang boleh add macam-macam. Youtube, Blog, News, Gtalk.. Try lah guna!
Google Desktop yang comel!


Rasanya taknak cakap banyak lah. Lagi pun, sekarang ini (5/5/2011) minggu exam. Nak study weh! Besok exam! huhuhu...Korang explore sendiri ae. Google jeh!

Monday, May 2, 2011

AutoCAD and Geomatics Class 2011

Entry kali ini pula mengenai AutoCAD and Geomatics Class (AGC) 2011. Class ini merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh Ucity UTP. Tujuan aktiviti ini dilakuakn adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai profession Jurutera Awam (Asal ayat aku formal semacam neh?). Biasanya Ucity jemput sekolah-sekolah yang terdekat jeh. tak sangka pulak ada MRSM yang ambek bahagian sama. Setahu aku, budak-budak MRSM belajar semua belajar sains tulen. Mana ada ambik subjek lukisan kejuruteraan. Hem... 


Jeng!


Smart tak?


Tapi kan, apa kaitan aku dengan kelas ini ae? Hehehe.. Aku ditugaskan untuk menjadi facilitator untuk kelas AutoCAD. Hem.. Korang tau tak AutoCAD tuh apa? AutoCAD is Short form for Automatic Computer Aided Design. Software yang digunakan untuk mereka dan melakar lukisan 2D dan 3D. 
Nie lah dia AutoCAD

Ok. Nak cerita pengalaman menjadi faci yang tak berapa pakar. Masa kelas tuh, tak sempat pon ajar budak-budak lukisan 3D. Ajar dorang basic 2D sahaja. Modul pon lebih kurang sama dengan lecture note aku jeh. So, boleh lah ajar dorang. Ada juga lah yang tanya soalan pelik- pelik. Memang aku tak tau nak jawab pon. "Hem... Abang tak pastilah boleh ke tak..." Huhuhu... At least aku tak bagi harapan yang tinggi kat dorang yang kononnya aku nie expert giler. Padahal baru 4 bulan pegang AutoCAD. 
Nie aku tengah ajar lah nie.
Bajet expert...

Pastu ada lah sorang cikgu pengiring neh. Dia nak lukis lukisan isometrik. Pastu lak, aku cam lupa sikit-sikit. Aku dengan cikgu tu pon main test-test. Hehehe.. Akhirnya, jadi juga lukisan cikgu itu. Hehehe.. 

contoh lukisan isometrik
Memang penat giler! 2 jam satu sessi kelas. Pastu ada 3 sessi. 2 kelas berturut-turut, pastu sambung lepas lunch. Penat kot berdiri lelama. Dah lah tuh, terbongkok- bongkok nak tunjuk ajar dorang. Huhuhu... 

Rakan setugas dan anak-anak murid.
Baru aku sedar pengorbanan seorang guru dalam mengajar anak muridnya. Cuba korang bayangkan. Cikgu tuh ade kelas dari pagi sampai tengah hari. Mesti penatkan. Dah lah berdiri dari jeh tiap-tiap kelas. Duduk pun sekejap aja. Terima kasih guruku. Walaupun hari Guru lambat lagi. Tapi kira ok apa Hari Guru tiap-tiap hari. Hehehe.. 
Rakan setugas dan orang yang menjayakan event ini.

lompat!