Tuesday, August 28, 2012

Teringat

Sekarang aku baru TERINGAT dekat blog aku yang dah lama tak update neh.

Aku tetiba TERINGAT zaman pekerjaan aku masa cuti 4 bulan tahun lepas. Mungkin sebab nak cuti 4 bulan lagi dah kot dan sibuk dok plan nak buat apa masa cuti nanti jugak. Hehehe

Aku TERINGAT camne aku mintak kerja.

Aku TERINGAT kat akak-akak kat tempat kerja.

Aku TERINGAT kat customer yang datang kedai.

Aku TERINGAT camne aku berhenti kerja.

Aku TERINGAT... TERINGAT... TERINGAT...

Hahaha~

Sebenarnya, aku TERINGAT dekat customer yang datang kedai tuh dan terfikir sejenak...

Mostly yang datang kedai aku tuh cari barang-barang nak buat hantaran dan tempah hantaran. Aku bukan nak citer cam mane nak buat hantaran, tapi kerenah orang-orang kita pasal hantaran.

Korang tau kan, yang hantaran tak wajib. Mas kahwin jeh yang wajib nyer. Sekadar nak penuhkan adat melayu, maka hantaran diberi juga. Tambahan pula, memberi hadiah tuh kan baik menunjukkan adab yang baik (Betulkan aku kalo salah).



Selalunya AL-QURAN, TELEKUNG dan SEJADAH dijadikan sebagai item hantaran. Bukan selalunya, boleh dikatakan dah wajib bagi kalo nak buat hantaran. Huhuhu.


     


Aku tak tau lah nasib AL-QURAN, TELEKUNG dan SEJADAH selepas majlis nanti. Digunakan atau tidak.. hurm.. Tuh lah buat aku terfikir sekejap.

Korang bayangkan lah. Yang datang hantar item-item tuh biasa nya pasangan yang nak kahwin. Pernampilan nya... dengan baju dan seluar ketat (perempuan), bertindik dekat hidung... camne aku tak kesian dekat  AL-QURAN, TELEKUNG dan SEJADAH tuh.. 

His, nano neh. Tak baik fikir camtuh. Mana lah tau lepas masjis nanti die berubah keh. 
Tuh kalau berubah lah kan.. Cuba kalau tak sempat majlis lagi dah meninggal? Sempat keh nak guna? Orang, kalo dah jumpa mr right dalam hidup dia, belom kahwin lagi dah nampak berubah.

Pernampilan tidak mengambarkan persenaliti, nano. Mana tau die pandai baca AL-QURAN keh.. solat tak tinggal keh..
Come on lah. Kalau dah pakai cam tuh, what its mean? Boleh fikir sendiri kot... Kalo ko solat tak tinggal, rajin baca Al-Quran, mesti ko tak pakai macam tuh kan... Buat sia-sia jeh baca Quran bertaranum, solat sampai bengkak-bengkak kalo keluar kat public pakai seksi-seksi. Seksa mata aku tau tak! 

Kalau macam tuh, nak macam mana lagi nano?
Okay, aku tau. Bukan semua orang perfect. Tapi please lah. Bersopan sikit dengan AL-QURAN, TELEKUNG dan SEJADAH tuh. Please ada adab. Pakai biarlah menutup aurat sikit. Kalo kau berbaju kurung masa time tuh dah kira ok ape. Nampak sopannya. Tak nak lah ketat-ketat. Nak nice, pakai selendang. Kalau bertudung likup kemas berbaju kurung, lagi nice! Aku nak hias Al-Quran tuh pon jaga air sembahyang kot!

Faham-faham lah. Kita nak bina masjid kot. Dan masjid tuh nak kena kekal sampai ke akhir hayat. Sama-sama lah merenung jauh. Aku pun peringatkan diri aku jugak..