Thursday, April 28, 2011

Masa itu emas

Tajuk entry kali cam biasa aja kan. Semua orang tahu pepatah ini. Adakah anda mengambil pengajaran dari pepatah ini?

Kat sini aku nak share story sikit.
Nak kerja masa punya pasal, hari ini (28/4/2011) dua benda tak best jadi kat aku. Huhuhu. Semalam tidur agak lewat. Assigment punya pasal lah. Pagi kul 8.30 kena jumpa  lecturer. Aku semangat lah siap-siap awal nak pergi. Bila aku call member aku, dorang sedap tidur. Aku pun gerak lah dulu. Dengan harapan dorang datang kemudian. Pas jeh park basikal, ada mak cik cleaner tanya aku,

 “ Adik, jam pukul berapa?”
“kul 8.40”.
“Acik tak jam, susah nak tengok masa. Masa makan semua tak tahu.”


Aku pun sengeh aja lah. Terus melangkah kaki ke bilik lecturer. Masuk-masuk, dah ada budak. Aiya. Mesti habis lambat ni. Kena tunggu lagi. Aku sampai tertido tunggu orang siap dan member aku datang. Last-last yang teman aku, sorang jeh. Lagi dua, tido. Sabo jeh lah.

Lepas bincang dengan lecturer, aku dan kumpulan lagi satu siapkan presentation.  Dah lah lambat siap, on the way nak pergi lecture, kaki aku krem lak masa nak langkah pagar. Dah lah tuh, tali beg aku putus lak. Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. =.=; Sabo jeh lah. But, lecturer pilih group aku diantara terbaik secara average. Alhamdulillah.


Cuba korang tengok, mak cik cleaner pon pentingkan masa. Kita?

Memandang sekarang (28/4/2011) merupakan hujung semesta aku, maka banyak lah assignment yang kena hantar. Kelam kabut kot sejak akhir-akhir nie. Suma nak kena summit by this week jugak. Huhuhu.


Sebenarnya, assigment diberi pada awal penggal semesta lagi. Biasanya lah student (bukan semua), suka buat assigmnet saat-saat akhir. Nak dijadikan cerita, aku pon terkena tempias. Sampai tidur pun tak cukup.  Kul 3 pagi baru tidur nak siapkan assigmnet. Besok dah kena anta.  Sian kot. Pergi presentation pun dengan mata lebam- lebam. Camne nak dapat markah yang baik kan?

Syarat wajib assignment ialah kekerja berkumpulan. Aku kurang sikit kerja berkumpulan nih. Payah nak push orang lain siapkan part dorang. Lagi berat bila dapat tugas untuk kumpulan semua kerja. Lambat part lain buat, lambat lah nak kumpulkan. Aku lah tuh yang jadi mangsa. Benda aku dah push awal-awal. Dah ajak buat awal- awal. Sebelum semua assignment menimbun. Tapi, dorang… Ambil sambil lewa.


Tugas sebagai seorang ketua kumpulan:
Susah kot jadi ketua neh. Nak suruh semua buat kerja ikot masa pun susah. Aku paling beria sekali. Bila dapat assignment jeh, aku terus buat timeline. Dengan harapan, dorang ikot timeline dan semua kerja berjalan dengan lancar. But, tak ikot pun! Sekarang, tengah kelam kabut nak siapkan semua kerja (dorang). Aku pun terpaksa hadapi sama sebab aku kena kumpulkan semua kerja dorang jadi satu.  Dorang ada lah mengadu, “banyak nye…” , “aku tido kul 5 kot nak wat assignment”, “susah lah nak wat”. Sebenarnya, tak susah dan banyak pun kalau kerja itu dibuat dari awal lagi. Aku cakap, “tu lah, buat lagi last minute. Tanggung sendiri ae.” 


Marilah kite ambil pengajaran dari yang lepas. Doakan saya dapat siapkan assignment saya ae..

Sunday, April 17, 2011

Ekspidisi Gua Tempurung

Gua Tempurung terletak di Gopeng, Perak. Struktur geografi dan bentuk-bentuk batuan dalam gua yang menarik menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan dan akitiviti riadah dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong luar. Ceh, cam pemandu pelancong pula aku neh.. hehehe.
Selepas keluar dari gua guna laluan air. Habis basah.


Best kot travel dalam gua. 10 April 2011 yang lepas, aku dan kawan-kawan aku pergi ke sana untuk beriadah. Hehehe.. Saja nak spend time nak reduce tension semasa sibuk membuat assignment Huhuhu. Kami memilih pakej Grand Tour dengan bayaran sebanyak RM22.00 seorang. Berbaloi kot. Duduk dalam gua dengan buat aktitivi lasak dekat 4 jam 23 minit (!) sambil menikmati panorama dalam gua. 
Jenglot atau wanita mengandung?
nampak muka orang tua tak?




Aktiviti pertama, jalan-jalan dalam gua ikut tangga dan jalan yang siap dibina. Tengok bentuk - bentuk yang menarik. Pastu meredah dalam gua tanpa ikot laluan jalan kaki yang dibina, tapi ikut laluan air. Antara aktiviti dalam tuh, merangkak dalam air, melungsur kat kaki bukit dalam gua tuh, dan meredah lorong - lorong sempit.
lorong sempit..


gelungsur!
Gelap kot dalam gua tuh. Memang kena bawa lampu suluh. Bawa bateri lebih sekali ae.. Mana lah tau tetiba habis bateri ke an.. tak pasal bergelap dalam gua tuh


aku dan dua pupu aku. yang budak aku tolak muka die tu takde pertalian darah k.
Paling best bagi aku, merangkak dalam laluan air. Best! Kalau air tuh macam dalam sikit, sedap lah menerapungkan diri, pastu ikot jeh arus air. Dapat tengok siling gua dalam laluan air yang sempit tuh. Hehehe. 
membasuh kasut yang penuh dengan pasir
ranger yang banyak bantu mase buat aktiviti lasak


Casio 2747
Thanks kot kat abang aku sebab hadiahkan aku jam Casio model 2747. Tahan lasak. Aku berendam semua... merangkak dalam air.. Ok jeh. Tak mati pon. Selamat lagi jarum nyer berpusing. Beli jam yang ori tau lain kali! (^ ^)V.