Monday, December 19, 2011

Super Hero : Cyber Combatant

Pom! Pom!
Bukan bunyi mercun ae.. Bunyi aku tepuk bulu ayam nak buang habuk ngan sawang kat blog neh. Lame betul tinggal..Masa kerja dulu, memang jarang sangat nak menulis blog. Maklumlah, internet connection susah nak dapat. Nie dah berhenti kerja dah, bolehlah spend masa nak memulis blog kesayangan neh. Hehehe.. 

Sebenarnya, dah lama aku nak post benda neh. Tapi asyik tertangguh jeh. Sekarang, aku nak memperkenalkan kumpulan Super Hero rekaan aku sendiri.

Memperkenalkan Cyber Combatant!


Mereka neh kumpulan super hero yang aku reka masa zaman sekolah dulu. Kalo tak silap aku lepas darjah 6 kot. Lame dah nie. Lukisan yang dulu nyer buruk. Tak berapa lawa. Nie aku touch up sikit bagi cantik.

Sekarang neh nak memperkenalkan watak-watak nya.

Nama : Azim

Unsur : Api

Kebolehan : Elastik

Suit tambahan: Suit Harimau

Serangan : Cakaran berapi, Tembakan bebola api



Nama : Amir

Unsur : Air

Kebolehan : Halimunan

Suit tambahan : Suit Gajah

Serangan : Semburan air berpadu, Buih perangkap


Nama : Alia

Unsur : Kilat

Kebolehan : Kepantasan

Suit tambahan: Suit Garuda

Serangan : Panahan kilat, Halilintar


Ini antara watak utama yang sempat aku touch up. Ada watak tambahan tau! Tambah lagi 3 unsur : Tanah, Semula Jadi, Ais. Nak lukis balik komik yang memula buat tuh susah lah. Isi komik tuh kurang menarik + lukisan aku yang tak lawa tuh. 

Kalo buat style novel macam best jugak kan.. Hurm.. Penulisan novel pun sangat mencabar. Takpe lah, nanti kalo rajin, keluarlah novel cyber combatant online. Hehehe. Tak lah seberapa, tapi diharap terhibur. 

Monday, November 7, 2011

Pro dan Kontra PPSMI


Banyak pihak yang menentang PPMSI semasa perlaksaannya dahulu. Sehingga sekarang, pelbagai mesyuarat dilakukan untuk mencari penyelesaian dalam mempertahankan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa ilmu. Tidak dinafikan, penulis juga terasa sukar dalam memahami subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 


Hasil usaha guru yang mengambil inisiatif untuk menerangkan semula dalam bahasa kebangsaan dan juga usaha sendiri mencari sumber rujukan yang lain, alhamdulillah penulis lulus cemerlang dalam PMR dan SPM. Tidak kiralah belajar dalam bahasa apa sekali pun, jika ada usaha yang gigih dan keberkatan, InsyaAllah, kejayaan akan menyusul.






Bagi pejuang bahasa kebangsaan, meraka memandang serius mengenai perkara ini. 
Apa yang akan jadi pada nasib bahasa kebangsaan jika PPSMI dilaksanakan? 
Bagaimana mahu memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu jika PPSMI dilaksanakan?
Sains dan matematik merangkumi pelbagai cabang ilmu dan jika PPSMI dilaksanakan, tiada lagi bahasa kebangsaan dalam bidang teknologi dan inovasi. Bahasa kebangsaan mungkin akan menjadi bahasa mundur yang hanya digunakan di jalanan dan di pasar-pasar sahaja. Sanggupkah kita melihat bahasa kebangsaan kita dipinggirkan dan mundur?


Tetapi, sesetengah pihak merasakan PPSMI wajar dilaksanakan. Hal ini kerana kebanyakan sumber rujukan sains dan matematik adalah dalam bahasa Inggeris. PPSMI adalah langkah awal untuk membiasakan para pelajar untuk menghadapi pembelajaran dipringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris dapat diperkuatkan dengan pelaksaan PPSMI ini. Sejajar dengan kadar peratusan lulus Bahasa Inggeris yang rendah. Berfikir untuk masa hadapan, bidang teknologi dan inovasi sangat rancak membangun di negara barat yang kebanyakan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, PPSMI wajar dilaksanakan untuk memudahkan pemindahan teknologi dari negara luar ke dalam negara. 


Bagi penulis, pemansuhan PPSMI disambut dengan baik. Tetapi, pelbagai usaha perlu rancak dilaksanakan untuk mempertabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Aktiviti menterjemah sumber rujukan yang pelbagai bahasa kepada bahasa kebangsaan perlu diperbanyakkan untuk rujukan generasi pembagun negara. Selari dengan itu, Kita perlu melahirkan lebih ramai pakar bahasa asing bagi memudahkan penterjemahan bahasa dalam memindahkan teknologi dari setiap pelusuk dunia. Kita perlu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara contoh untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Usaha negara itu melakukan aktiviti penterjemahan bahan-bahan ilmiah dengan pantas dan berkesan mampu menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ilmu. 


* Maaf jika terdapat kesalahan pengunaan tatabahasa dan berharap teguran yang baik dari pembaca.
** Penulis mengambil inisiatif menggunakan istilah "bahasa kebangsaan" kerana masih lagi keliru penggunaan istilah "bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia".
*** (aku guna mood skema lah pulak... Hidup Bahasa!) 

Sunday, October 16, 2011

National Rapid Chess Campionship 2011


National Rapid Chess Campionship 2011 (NRCC 11) merupakan salah satu event yang aku join pada tahun ini. Event ini berlangsung pada 1 & 2 Oktober yang lepas. Aku bukan jenis minat main chess pun... Main pun tak reti sangat.. So, buat ape aku join event neh? Actually, aku jadi commitee nie pun bidan terjun jeh. Member aku kekurangan commitee untuk hari event tuh. So, die ambik aku masuk dalam department die. 


Aku join department Secretriat atau pun Ceremony and Protocol. Aku memang takde pengalaman langsung dalam bidang neh. Event yang sebelum neh pun, aku handle bahagian makanan jeh. Atas tunjuk ajar Head aku yang berkaliber, event nie berjalan dengan lancarnya. Meh tengok sedikit montaj event aku neh..




Apa tugas aku masa event tuh? Aku jadi abiter kot! Haha.. ade Ketua Abiter lah.. aku tukang kutip result jeh. Pastu pass kat Ketua Abiter. Kalau ade sebarang issue, kenalah rujuk kepada Ketua Abiter. Sape lah aku kan... Rules dalam chess pon aku tak tau.. Hehehe... 


Penat aku jadi abiter neh. Sampai tertido aku. Mana tak nya. Aku jaga bahagian Open. Semua peserta hebat-hebat berlaka. Lawan 20 minit baru ada yang menang. Ada yang lawan dekat sejam! Penat betul nak menunggu. Kalo bahagian Under 16 tuh, kejap jeh. 45 minit semua dah habis. Jeles aku.


And then, aku jadi usher VIP untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Wow! ini merupakan kali pertama aku menjadi usher! VIP terus! Agak lah.. Dengan tunjuk ajar dari senior-senior, aku berjaya menjalankan tugas dengan baik. Best jugak jadi usher VIP neh. Masa dorang tengah makan, bole aku dengar mereka bergosip-gosip... 


Tapi... Lama giler dorang bergosip. Naik lenguh kaki aku. banyak kali aku keluar masuk dalam bilik VIP tuh. PM (Project Manager) kamiorang dah mati kebosanan duduk tunggu dalam tuh tak paham ape yang dibualkan. Politik chess lah kata kan. Aku dengar jeh. Dorang citer pasal competion untuk SUKMA lah... Pasal Kelab-Kelab Chess kat dalam Malaysia lah... Bape banyak Kelab yang join SUKMA lah... Tempat mana nak buat SUKMA nanti lah.. Pasal status peserta terbaik Chess tuh lah.. Blablabla...


VIP tak habis keluar lagi, usher VIP dah keluar. Haha.. Mana tahan berdiri lelama dalam tuh. Lagipun PM nak buat postmotem terus. Siap belanja KFC lagi kot! Terbaiklah event neh. Masa postmotem tuh jugak dapat sijil terus. Kalo event lain... Sebulan dua baru dapat... Commitee dalam event neh pun semua nya spoting-spoting belaka. Event paling ringkas yang aku pernah join.. Tumb Up!

Sunday, September 25, 2011

Pokok Manik


Mase aku balik cuti midsem Julai retu, aku terkejut tengok meja kat rumah aku dihiasi dengan pokok manik... Wau! cantik! Nak buat! Hehehe.. Tapi tak sempat... Sebab cuti pendek sangat.. Huhuhu.. Dah lah tuh, ade assignment ngan lab report lagi.. Huhuhu... Takpe, aku berhasrat nak buat mase cuti panjang nanti!


And now, aku dah berjaya siapkan satu pokok bunga! Mak aku yang tolong belikan manik, dawai, dan pasu.. Memula aku tolong ikat manik buat daun jeh mase aku cuti raya retu.. Ingatkan mak aku sambung buat.. Rupanya mak aku simpan suruh aku habiskan.. Huhuhu.. aku reti ikat manik jeh.. Nak buat batang susah sikit.. Dengan tunjuk ajar mak aku, jadi jugak sepasu.. satu jeh lah aku boleh buat.. Stock manik dah nak habis...


Nie pokok yang aku buat...





 Koleksi mak aku...















Thursday, September 22, 2011

Cuti dah start!


Huh! Exam dah habis, maka cuti pun bermula... Cuti 4 bulan yang diidamkan dah bermula.. Macam-macam benda yang nak dilakukan sepanjang cuti yang panjang ini.. Hurm.. Nak buat apa ae? 


Exam Slip




1. Menonton anime, drama korea, movie..
Sebelom aku balik bercuti, aku sempat mendownload 3 siri anime: Avatar : the last air bender and the legend of Aang, xxx HOLiC season 1 and 2, ngan Chobit. Xpe lah.. tengok sikit-sikit.










Drama korea tuh pun panjang jgk.. ade 3 siri yang aku sempat copy dari kawan aku: 49 days,City Hunter, ngan Dream High. Hurm.. 










2. Belajar kraf tangan
Banyak jugak lah yang aku nak belajar buat.. origami, pokok manik, key chain manik, mengubah bunga, menyulam, mengait... banyak nyer! >.<






3. Menajamkan living skill
Aku nak belajar memasak dengan lebih baik, menjahit dengan betul dan kemas, bertani dengan betul, dan pelbagai lagi... ngehehehe.. Mengimbau kembali pembelajaran Kemahiran Hidup dulu-dulu tuh..




4. Bercuti
Berjalan-jalan dengan keluarga tercinta! Tapi, nak jalan-jalan mane ae?? Takpe! Fikir kemudian lepas adik aku habis Exam SPM. Lagipon, aku ade plan nak hangout ngn kawan-kawan lama aku.. 






Kalau aku kira-kira balik, cam banyak sangat benda aku nak buat.. Tak dapat buat semua pun takpe lah... Memula ada jugak plan nak cari kerja.. tak tau lah jadi keh tak.. Hurm...

Sunday, September 4, 2011

Biskut Roti Pound

Dah lama betul tak buat blog post.. huhuhu.. sebelum balik raya bizi ngan test.. lepas raya nk exam lak.. huhuhu.. nasib-nasib...
Takpe, entry kali neh aku nak share resepi biskut roti pound (white bread). 


Bahan-bahan:
1 bungkus panjang (20 slide) Roti pound (white bread) -course aggregate
Tepung beras -uncrush fine aggregate
Tepung gandum -uncrush fine aggregate
Majerin
-addmixture
Gula yang dikisar halus -crushed fine aggregate

Serbuk penaik  -addmixture






Cara-cara:
a) Menghasilkan tepung roti pound (white bread) -crush fine aggregate
1. Korang kena bakar course aggregate kite (roti pound) dalam klin (ketuhar) smpai keras tau.. kena rajin-rajin tengok lah.. 
aku galakkan korang guna ketuhar elektrik biasa atau ketuhar dapur.. microwave sgt tidak digalakkan.. takut terhagus lak roti tuh..




2. korang pecahkan aggregate (roti) tuh dan kisar hingga halus..
aku guna anak lesung tuh pecah kan aggregate neh.. 

agak saiz aggregate dalan 20mm okeh leh

masukkan dalam bekas pengisar..

dan kisar hngga halus!

3. Buat sieve test kat crushed fine aggregate kita 
ayak jgn tak ayak.. saiz sieve 600micron mm yek!
yg x lepas sieve tuh perlu dikisar semula.. xnak membazir..
Biasa nya korang akan dapat dalam 1 mangkuk crushed fine aggregate  (tepung roti) kita neh..


b) mencampurkan bahan-bahan.


1. campur 1 mangkuk crushed fine aggregate tepung roti dengan 1 mangkuk fine aggregate tepung beras dan 3 mangkuk fien aggregate tepung gandum berserta 1 sudu teh serbuk penaik.
note: tepung-tepung semua mesti lepas sieve test 600micron mm
kacau hingga rata..


2. Masukkan dalam 2 mangkuk addmixture majerin yang dipukul sehingga lembik dahulu.. 
pukul jgn x pukul..


campurkan mantega td nyek...

3. Gaul lah bahan-bahan tadi sehingga rata dan masukan dalam 1 setengah gula halus...

posing sikit~

c) Kerja mengacu dan membakar..


gelek adunan..

acukan ikot bentuk yg disukai

letak lah ape yg sedap.. chocolate rice keh, cherry keh.. jem keh.. 


dah siap, bakar lah! korang sumbat jeh suhu korang suka.. pastu tengok lah.. kalo dah putih tuh, dah masak lah... nie cara tradisi.. moden nyer, korang buat experiment sendiri nyek...
siap! 




Selamat mencuba!

Thursday, August 11, 2011

Dragon Ball (Part 1)

Salah satu anime (karton jepun) yang aku suke tengok mase kecik-kecik dulu.. Best! best! Aku xtau lah budak-budak sekarang tengok tak citer nie. Ye lah.. cite neh kan dah lama... Aku pun dah lama tak tengok... Mcm dah lupe jalan citer die.. Takpe, Wikia akan bantu aku mengorek informasi..Aku tak cerita semula ceritanya, cuba ambik part-part yang menarik jeh. Mari mengimbau kenangan dulu-dulu!


Dragon Balls
Bebola Naga
7 biji Bebola Naga yang apabila dikumpulkan akan menyeru Tuhan Naga. Tuhan Naga akan menunaikan apa saja jenis permintaan dari si pengumpul tapi satu jeh lah. Mostly, orang mengumpulkan Bebola Naga neh sebab nak jadi kaya, kuat dan cantik. Goku tak, dia kumpulkan sebab nak hidupkan orang yang telah mati sebab nak bagi kegembiraan kepada orang lain. Suci giler niat Goku.. 






Watak-watak dalam Dragon Ball


Goku- watak utama cerita neh. Mase kecik-kecik, die ade ekor... Part paling sensitif.. Dengan banyak latihan, Goku berjaya atasi kelemahan dia. Siap ekor dia jadi kuat lagi tuh. Masa kecik-kecik dulu aku suke tarik ekor kucing kalo geram.. Sebab aku ingat citer Dragon Ball lah.. Hehehe


Dari kecik sampai besar.


Goku neh merupakan keturunan Saiya.. Die bole meningkatkan kekuatan dalaman die hingga tahap tertinggi.. Tapi memang memerlukan latihan yang cukup banyak lah... Kalo jadi Super Saiya, rambut die akan bertukar kuning dan  tercacak.. Masa kecik-kecik dulu suke lukis watak Goku neh.. Jumpe jeh kertas, mesti melukis.. Kat dalam buku latihan sekolah pon nak diconteng nye.. His.. Kuat betol pengaruh DB neh.


Bulma- berkawan dengan Goku dan sama-sama cari Bebola Naga tuh. Tak ingat lah macam mana depa bole jumpa.. Tapi Bulma terkejut tgk Goku kecik-kecik lagi dah kuat giler.. 
Mase kecik
Remaja
Dewasa


Aku suka bulma sebab dia memang seorang yang bijak.. Die reti baiki kapal, reka alat-alat pelik.. Suka bawak kapsul die yang sangat berguna.. Picit kapsul tuh... Powh! Kuar rumah! Kuar kereta! Dahsyat!

Kurlilin- Kawan Bulma ngan Goku... Apa yang aku ingat Kurlilin jumpa Goku masa Pertandingan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa (World Martial Arts Tournament). Pastu dorang jadi sahabat baik.. 
Mase kecik
Besa sikit
Chi-Chi- Isteri Goku dan anak kepada Raja Kerbau (Ox-King).. Huhuhu Sebenarnya mase kecik lagi dorang kenal.. Dalam Dragon Ball Z baru dorang kahwin.. 
Kecik-kecik malu-malu

Dah besar, kawen.. sweet~

Geng Pirafu

Maharaja Pirafu- Dia pun buru Bebola Naga sebab nak jadi kaya.. Dorang jahat sebab curi Bebola yang Goku ngan Bulma kumpul kan.. 

Nak mintak hajat pelik-pelik..
Geng pirafu yang Loser!
Musuh ketat Bulma kot.. Masa die nak wat hajat tuh, kawan Bulma telah spoil kan permintaan Pirafu neh dengan mintak seluar dalam. Masa tuh die terfikir seluar dalam jeh.. teruk betol.. Pirafu pon satu.. Lambat sangat mintak.. terpegun lebih.. Jadi objek pegun terus! hehehe

Shu- Pengikut Pirafu yang setia.. Tapi kekadang dia ade niat nak belot tuan die tuh.. 
hebat jgk lah gunakan helah.
Mai- pengikut Pirafu jugak.. Dia macam ade background tentera jeh.. Terror giler bab-bab spy neh..
Spy terulung!
Rumah Pendekar Penyu

Pendekar Penyu (Guru Roshi) -Tok guru Goku ngn Kurlilin.. Dorang berlatih seni mempertahankan diri dengan die neh lah.. Tok Guru yang gatal nak mampus! Suka buat gangguan seksual kat Bulma.. Dah lama Goku tuh otak suci.. Tak paham pape pon..

Tua-tua pon kuat tau.

Launch- Perempuan pelik. Goku bawak balik Launch ke rumah Pendekar Penyu lepas selamatkan dari polis. Goku kan tak tau ape.. Bile die nampak perempuan kena kejar orang, die pun pergi belasah polis tuh.. Kaco Launch bersin, die akan bertukar jadi pumpuan yang cukup garang! Sebab tuh polis buru die..
Nampak innocent jeh...

Bila dah bersin.. Ganas nak mampus
His, kang panjang lak entry neh.. Xpe, nnt sambung ae~