Saturday, February 12, 2011

Feel Felt Fell Fall

llHahahaha... Empat-empat perkataan daripada mulut bangsa yang pernah menjajah Malaysia nie buat aku nak tergelak sambil guling-guling... Hehehehe


Kenapa dengan perkataan-perkataan tuh?


Sebenarnya, perkataan-perkataan tuh tak salah pon ngan korang. Cuma aku jeh yang bermasalah dengan perkataan tuh.


Feel & Fell - aku selalu salah eja feel (rasa). aku selalu eja fell. Sedih. Selalu jadi dalam karangan BI aku. That why lah BI aku susah nak dapat A... Huhuhuhu..


Felt - Aku tahu yang Felt tuh past tense. Tapi aku confiuse past tense untuk Feel or Fall... Huhuhu. Masa periksa, aku main taram jeh. Boleh lah kot dikira sebagai spelling error.


Fall - aku memang takde masalah pun ngan perkataan neh. Saje buh kat tajuk. Bagi sedap bunyi jeh.


Masa SPM, aku tak nak keliru, aku tulis empat-empat perkataan neh atas kertas soalan. Pastu aku ikut sense jeh. Lau betul, betul lah. Actually, tindakan aku neh lagi mengelirukan aku... Ntah apa ntah! Bahasa Inggeris buat aku serabut jeh!


So, aku nak remind kan diri aku sendiri! 


Feel tuh rasa! Tarik sikit bunyi tuh. Feeeeeeel. Ambik feeeeeel


Fell tuh past tense untuk Fall. Ko tendang 'a' tuh, ganti dengan 'e'. Orang putih suka guna 'e'. Past tense dorang pun banyak 'e'.
huruf yang dibuat dari kain FELT. Cantik tak?


Hopefully, lepas neh aku dah tak keliru lagi...


Hehehe!

Thursday, February 10, 2011

Kes Buli Semasa Minggu Orentasi

Bila minggu orentasi jeh, semua orang takut. Takut kena buli. Benda ini sinonim sangat dengan masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi budak sekolah. Nak-nak sekolah asrama. Memang banyak betul kes buli ini. Aku rasa bertuah sangat lah. Coz aku tak lah kena buli kow-kow pun. Setakat sound-sound, kena marah, and kena phyco, tidak lah menyebabkan ada parut kat badan aku neh. Lau berparut pun, kesan parut jerawat jee... hehehe


Rasa nak cerite lah pengalaman tinggal kat sekolah asrama dulu.


Nak tau tak? teruskan membace!
MRSM Muadzam Shah


Aku masuk asrama masa form 4. Before that aku sekolah harian jeh. Pasal kes takut kena buli lah. Dah lah kecik-kecik masa tuh. huhuhu. Dengan result PMR yang memuaskan, aku pun masuk lah MRSM. Nama pun MRSM, mestilah kena duduk dalam hostel...


Nak jadikan cerita, nie lah kali pertama aku masuk asrama. Memang lah mula-mula rindu kat umah. Apa orang cakap, homesick? Ha! Homesick! Tapi lama-lama okey lah sikit. Mujur lah MRSM tuh tak lah jauh sangat dari rumah aku. average 25km. Lau rasa nak balik hujung minggu, call jeh lah parent. Isi borang outing, tulis outing bersama keluarga. Ayah aku pun datang ambil aku. hehehe. Anak emas lah kot.. hehehe


Hey, mostly aku balik ada sebab tau! Bukannya anak manja tau! Aku akan balik lau ada barang nak ambil or ada kerja nak guna komputer. Kalau aku balik rumah, mesti bawa balik makanan. Best giler sape yang jadi roomate aku. Dapat makan pulut.. rendang.. dadih.. dan beraneka masakan lah! Mak pesan," Bagilah kawan-kawan sebilik tau". Of coz lah kena bagi, mana larat aku nak makan semua benda itu sorang-sorang. huhuhu.


Citer sal minggu orentasi lak.
Maktab aku unik sikit. Nak elak pelajar trauma or what ever lah, mereka buh nama minggu orentasi ngan nama Minggu Jalinan Ukhwah. Trade mark die, Huluran Tanganmu Kusambut Mesra. Tak boleh pergi.. hehehe. Bukan main lagi nama semua tuh. Last2, sepanjang minggu tuh penat jeh. Full ngan program jeh


"Kami barisan Badan Wakil Pelajar nie, mintak satu jeh dari korang! Bile jumpa abang2, bagi salam! Kami bukan nak duit korang p0n! Kami tak pandang lah duit korang tuh! Kami nak korang respect jeh ngan kami!". Lebih kurang cam tuh kata-kata senior kat skolah dulu. Dah lah wat rollcall tengah-tengah malam. Pukul 12!. Aku nak tido lah weh! besok de program kul 8. Dah lah subuh wajib turun! Lame lak tuh korang wat. Sampai pukul 1! Penat tau.


But, I understand. That way U'all guna nak kuatkan kami dari segi mental dan fizikal. Thanks abang-abang! U give a challage! Aku takkan kuar dari asrama even what ever U'all buat kat aku! Aku pun kuat jugak lah!


Beberapa hari kemudian... "Korang dah mula tunjuk kurang ajar dengan kami ae. Ngan abang-abang buat tak kenal jeh! Bukan nak bagi salam!" Kena marah lagi.(T^T).. Tengah malam pula tuh. Macam mana aku nak tido? Huhuhu. Korang desperate sangat keh nak kami respect korang? Pandang kami cam nak makan kami jeh. Camne nak kami respect? Takut ada lah. Nak senyum pun takut. His!


Orang, biasa lah tuh. kita wat nie salah. kita wat tuh salah. Tak tau lah apa yang betul nyer. huhuhu.. 


Akhirnya! aku lepas jugak minggu orentasi yang penat cam ape ntah! Tak kena pukul pun... 
Aku berjaya buktikan yang aku cukup kuat nak tinggal kat hostel! Jangan pandang aku sebelah mata okey!

Sunday, February 6, 2011

Antisosial

Takkala matahari mula tergelincir, aku masih lagi dalam perjalanan yang jauh. Dari Pahang ke Perak. Aku memilih untuk menaiki train dari Segamat dan terus ke Ipoh. Ayah dan emak menghantar aku dari Muadzam Shah ke Stesyen Keretapi Segamat bersama anak abang aku awal pagi lagi. Sesudah mereka menghantar aku di stesyen, mereka pulang terus ke rumah kerana perlu mengambil adikku di sekolah pula.


Perjalanan Segamat-Ipoh dengan menaiki KTMB


Tuttuttut...telefon bimbitku berbunyi tanda mesej baru masuk.


                          Azzam > ko sampai bila neh?


Aku terus teringat. Alamak! Kunci bilik! Aku tertinggal... Aku terus membalas mesej kawanku itu.
Handphone aku tak lah secanggih neh...


          > OTW. weh, aku tertinggal kunci bilik. sape yang dah balik?


Aku terus mencari nama Zulhilmi dalam senarai buku telefonku. Aku tahu Zul balik awal ke hostel. Boleh tumpang bilik dia! Taklah aku merempat malam ini. Tetapi, panggilanku tak dijawab. Tut, bunyi mesej masuk. 


                Azzam > aku, zul, azreen, fadhil, meon. Nanti dah sampai bagitau.


                >ok. nanti aku text.


Aku dengan laju mencari nama Fadhil pula dalam senarai buku telefonku. Panggilanku diangkat. 
Kunci bilikku.. bertuah betul boleh tertinggal..


         "Fadhil, nak tumpang bilik nanti... aku tertinggal kunci bilik... huhuhu... boleh tak?", rayuku pada Fadhil.
         "Hem... takpa, hang duduk ja bilik aku. Lagipon Syafiq tak balik lagi. Nanti dah sampai depan pondok guard, bagitau tau. Nanti aku ambik ko." Loghat Kedahnya masih melekat walaupun dia sebenarnya tinggal di Selangor. Maklumlah, sudah lama bersekolah di Kedah.


          Selamatnya aku tiba di pintu pagar universiti 'kesayangan' aku ini, aku terus mencapai telefon bimbitku. Apa lagi, telefon Fadhil lah. Suruh dia ambil aku kat depan neh. Dah lah jauh hostel tuh. Terpaksakah aku menumpang biliknya buat seketika waktu sementara roommate aku masih belum pulang.


Mujurlah aku ada kawan-kawan yang sudi menolong aku. Huhuhu... lau tak, tak tau lah aku nak tidur mana malam tuh... Mujur aku bukan seorang yang antisosial yang tak suka bergaul dengan ramai orang... Thanks my friends! Jasa baik korang sangat aku hargai! Huhuhuhu...
F.R.I.E.N.D.S


Moral of story:
1. Ingat! Sebelum keluar rumah, pastikan korang buat last spot check. Pastikan tiada barang yang penting tertinggal!
2. Pastikan anda mempunyai contact number rakan-rakan yang banyak. Kalau keadaan kecemasan, boleh call dorang!
3. Pastikan anda menjaga hubungan dengan rakan anda. Pastikan juga skill komunikasi anda dengan rakan anda sangat bagus. Ini akan memudahkan anda untuk meminta pertolongan dari mereka jika ada hal kecemasan. Tak lah segan nak mintak tolong...


p/s: Sebenarnya ini kes kedua aku tertinggal kunci. Yang pertama tuh, aku balik sekali dengan roommate aku. Selamat...


>> Nama watak yang digunakan adalah mengikut kesesuaian. Terpulang lah pada korang nak percaya atau tidak.<<

Wednesday, February 2, 2011

Gundam Seed & Gundam Seed Destiny VS Gundam OO

Rasanya, kedua-dua siri Gundam nie agak femes jugak lah. Bagi aku, Gundam Seed (GS) dan Gundam Seed Destiny (GSD) yang terbaik lah! Hehehe. Actaully, aku hanya tonton dua siri Gundam tuh jeh. Yang lain-lain siri aku tak tengok. Gambar diorang tak smart lah! Huhuhu. Lukisan dan colour scheme yang cantik boleh menarik hati penonton tau! Thats why lah aku tengok dua siri nie jeh


Aku dah habis tengok Gundam OO (GOO). Hem... not bad lah! Boleh lah bersaing ngan GS & GSD! Lukisan dorang pon sama cantik jeh! Suke! Suke! Dalam tengok-tengok siri GOO neh, aku terperasan... Asal macam ada sama jeh dengan GS & GSD? Hem.. Interesting!


my favorite anime... Gundam Seed Destiny
Meh kite tengok apa yang menarik dengan kedua-dua siri Gundam yang femous neh.


Coordinators VS Innovator
>>Coordinator (GS & GSD) - sekumpulan manusia yang genetiknya diubah menggunakan kejuruteraan genetik. Genetik mereke diubah sejak mereka masih dalam bentuk benih lagi. Lebih kurang bayi tabung uji lah! So, dorang ini akan mempunyai multi-talent seperti yang ibu bapa mereka mahukan. Dorang akan mempunyai kebolehan bertarung yang dahsyat bila mereka dalam keadaan emosi yang tidak tenteram (SEED Mode). 
>>Innovator (GOO) - manusia yang sebenarnya bukan manusia. Dorang dicipta untuk memastikan rancangan Veda berjalan. Dorang lebih kurang macam robot organik lah. Boleh bersatu dengan komputer dan boleh berinteraksi sesama mereka menggunakan gelombang otak. So, dorang pon ada skill bertarung yang hebat juga. Manusia biasa pon boleh jadi human-innovator kerana mengalami mutasi apabila GN partikal masuk dalam badan mereka. Seperti yang terjadi pada Louise dan Setsuna.


Kira Yamato in SEED Mode
Lacus in SEED Mode
Shin in SEED Mode
SEED Factor dalam genetik dorang




Kaum Innovator
Princess Marina Ismail
Marina Ismail
Apa yang menariknya dengan Puteri Kerajaan Azadistan neh? Nak tau? Korang kenal tak Cik Cagalli dan Cik Lacus (karekter GS & GSD)? Marina neh macam ada semangat mereka berdua tau!


Cagalli - menjadi presidan Orb setelah kematian ayahnya. Marina Ismail pun begitu. Dia terpaksa menjadi pemerintah setelah kematian ayahnya. Semangat dorang dalam memerintah negara masing-masing sangat gitu!


Lacus - seorang penyanyi bagi kaum Coordinator di PLANT. Seorang yang cantik dan banyak memberi semangat pada tentera ZAFT dalam mencari kedamaian. Marina pun reti menyanyi tau! Siap reti main piano lagi tuh! Lagu dia yang bertema kedamaian pun meluas tersebar. Permintaan lagunya untuk dikeudarakan di stesyen radio menunjukkan kehendak orang awam yang mahukan kedamaian.


Lacus & Cagali



Genesis VS Memento Mori
Kedua-duanya adalah senjata laser yang dahsyat! High intensity of electron beam (pancaran electron berkepekatan tinggi).
Neo Genesis (GSD)- dibina di angkasa dan digunakan untuk menembak PLANT.Serangan itu menyebabkan  kemusnahan yang dahsyat.
Memento Mori (GOO)- juga dibina diangkasa. A Laws telah mengunakannya untuk menembak ke bumi dan menyebabkan kemusnahan yang cukup dahsyat juga! Alasan mereka bertindak begitu menyatakan yang mereka nak menghapuskan kumpulan anti-kerajaan.


Neo Genesis structure
Genesis bila nak tembak


Station dimana cahaya laser dapat dibengkokkan.
memento mori
gambar rajah momento mori menembak


Shinn Asuka & Louise Halevy
Shinn Asuka (GSD)- menyertai Earth Alliance setelah keluarganya terkorban semasa peperangan sedang berlaku. Dia berdendam dengan MS Strike kerana telah menyebabkan keluarganya meninggal dunia.
Louise Halevy (GOO)- menyertai A Laws kerana berdendam dengan Gundam yang telah menyebabkan keluarganya terkorban semasa majlis perkahwinan sepupunya. 
Shinn Asuka
Louise Halevy


GUNDAM
Dalam siri GS & GSD, GUNDAM merupakan shortform bagi Generation Unrestricted Nuclear Drive Assault Module (GS)atau General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver (GSD)(tak tau lah yang mana satu!. Mostly, dorang tak minat nak panggil GUNDAM. Dorang lebih suka panggil mobile suit jeh!. Tak paham aku..
Dalam siri GOO, GUNDAM merupakan mobile suit yang menggunakan GN Partikal sebagai sumber tenaga. So, pada era dorang tuh, kiranya mereka gunakan elektrik dan tenaga solar sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mobile suit dorang lah. Hem.. ideologi yang berbeza...


Kira Yamato & Setsuna F. Seiei
Huhuhu kedua-dua watak ini tak banyak bercakap lah a.k.a pendiam. Kenapa ae? Nak nampak cool keh? Hem....


Kira Yamato
Setsuna F. Seiei




Hem, sebenarnya banyak lagi aku nak share, tapi lack of information. Takut salah informasi lak. Nanti ada pulak yang tak puas hati dengan aku. Lagipun aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang bukan nak baca pun lau panjang sangat. Lau aku citer semua, tak adillah bagi yang tak tengok lagi. Tak surprice... Hehehe.