Wednesday, February 2, 2011

Gundam Seed & Gundam Seed Destiny VS Gundam OO

Rasanya, kedua-dua siri Gundam nie agak femes jugak lah. Bagi aku, Gundam Seed (GS) dan Gundam Seed Destiny (GSD) yang terbaik lah! Hehehe. Actaully, aku hanya tonton dua siri Gundam tuh jeh. Yang lain-lain siri aku tak tengok. Gambar diorang tak smart lah! Huhuhu. Lukisan dan colour scheme yang cantik boleh menarik hati penonton tau! Thats why lah aku tengok dua siri nie jeh


Aku dah habis tengok Gundam OO (GOO). Hem... not bad lah! Boleh lah bersaing ngan GS & GSD! Lukisan dorang pon sama cantik jeh! Suke! Suke! Dalam tengok-tengok siri GOO neh, aku terperasan... Asal macam ada sama jeh dengan GS & GSD? Hem.. Interesting!


my favorite anime... Gundam Seed Destiny
Meh kite tengok apa yang menarik dengan kedua-dua siri Gundam yang femous neh.


Coordinators VS Innovator
>>Coordinator (GS & GSD) - sekumpulan manusia yang genetiknya diubah menggunakan kejuruteraan genetik. Genetik mereke diubah sejak mereka masih dalam bentuk benih lagi. Lebih kurang bayi tabung uji lah! So, dorang ini akan mempunyai multi-talent seperti yang ibu bapa mereka mahukan. Dorang akan mempunyai kebolehan bertarung yang dahsyat bila mereka dalam keadaan emosi yang tidak tenteram (SEED Mode). 
>>Innovator (GOO) - manusia yang sebenarnya bukan manusia. Dorang dicipta untuk memastikan rancangan Veda berjalan. Dorang lebih kurang macam robot organik lah. Boleh bersatu dengan komputer dan boleh berinteraksi sesama mereka menggunakan gelombang otak. So, dorang pon ada skill bertarung yang hebat juga. Manusia biasa pon boleh jadi human-innovator kerana mengalami mutasi apabila GN partikal masuk dalam badan mereka. Seperti yang terjadi pada Louise dan Setsuna.


Kira Yamato in SEED Mode
Lacus in SEED Mode
Shin in SEED Mode
SEED Factor dalam genetik dorang




Kaum Innovator
Princess Marina Ismail
Marina Ismail
Apa yang menariknya dengan Puteri Kerajaan Azadistan neh? Nak tau? Korang kenal tak Cik Cagalli dan Cik Lacus (karekter GS & GSD)? Marina neh macam ada semangat mereka berdua tau!


Cagalli - menjadi presidan Orb setelah kematian ayahnya. Marina Ismail pun begitu. Dia terpaksa menjadi pemerintah setelah kematian ayahnya. Semangat dorang dalam memerintah negara masing-masing sangat gitu!


Lacus - seorang penyanyi bagi kaum Coordinator di PLANT. Seorang yang cantik dan banyak memberi semangat pada tentera ZAFT dalam mencari kedamaian. Marina pun reti menyanyi tau! Siap reti main piano lagi tuh! Lagu dia yang bertema kedamaian pun meluas tersebar. Permintaan lagunya untuk dikeudarakan di stesyen radio menunjukkan kehendak orang awam yang mahukan kedamaian.


Lacus & Cagali



Genesis VS Memento Mori
Kedua-duanya adalah senjata laser yang dahsyat! High intensity of electron beam (pancaran electron berkepekatan tinggi).
Neo Genesis (GSD)- dibina di angkasa dan digunakan untuk menembak PLANT.Serangan itu menyebabkan  kemusnahan yang dahsyat.
Memento Mori (GOO)- juga dibina diangkasa. A Laws telah mengunakannya untuk menembak ke bumi dan menyebabkan kemusnahan yang cukup dahsyat juga! Alasan mereka bertindak begitu menyatakan yang mereka nak menghapuskan kumpulan anti-kerajaan.


Neo Genesis structure
Genesis bila nak tembak


Station dimana cahaya laser dapat dibengkokkan.
memento mori
gambar rajah momento mori menembak


Shinn Asuka & Louise Halevy
Shinn Asuka (GSD)- menyertai Earth Alliance setelah keluarganya terkorban semasa peperangan sedang berlaku. Dia berdendam dengan MS Strike kerana telah menyebabkan keluarganya meninggal dunia.
Louise Halevy (GOO)- menyertai A Laws kerana berdendam dengan Gundam yang telah menyebabkan keluarganya terkorban semasa majlis perkahwinan sepupunya. 
Shinn Asuka
Louise Halevy


GUNDAM
Dalam siri GS & GSD, GUNDAM merupakan shortform bagi Generation Unrestricted Nuclear Drive Assault Module (GS)atau General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver (GSD)(tak tau lah yang mana satu!. Mostly, dorang tak minat nak panggil GUNDAM. Dorang lebih suka panggil mobile suit jeh!. Tak paham aku..
Dalam siri GOO, GUNDAM merupakan mobile suit yang menggunakan GN Partikal sebagai sumber tenaga. So, pada era dorang tuh, kiranya mereka gunakan elektrik dan tenaga solar sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mobile suit dorang lah. Hem.. ideologi yang berbeza...


Kira Yamato & Setsuna F. Seiei
Huhuhu kedua-dua watak ini tak banyak bercakap lah a.k.a pendiam. Kenapa ae? Nak nampak cool keh? Hem....


Kira Yamato
Setsuna F. Seiei




Hem, sebenarnya banyak lagi aku nak share, tapi lack of information. Takut salah informasi lak. Nanti ada pulak yang tak puas hati dengan aku. Lagipun aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang bukan nak baca pun lau panjang sangat. Lau aku citer semua, tak adillah bagi yang tak tengok lagi. Tak surprice... Hehehe.

No comments:

Post a Comment