Sunday, February 6, 2011

Antisosial

Takkala matahari mula tergelincir, aku masih lagi dalam perjalanan yang jauh. Dari Pahang ke Perak. Aku memilih untuk menaiki train dari Segamat dan terus ke Ipoh. Ayah dan emak menghantar aku dari Muadzam Shah ke Stesyen Keretapi Segamat bersama anak abang aku awal pagi lagi. Sesudah mereka menghantar aku di stesyen, mereka pulang terus ke rumah kerana perlu mengambil adikku di sekolah pula.


Perjalanan Segamat-Ipoh dengan menaiki KTMB


Tuttuttut...telefon bimbitku berbunyi tanda mesej baru masuk.


                          Azzam > ko sampai bila neh?


Aku terus teringat. Alamak! Kunci bilik! Aku tertinggal... Aku terus membalas mesej kawanku itu.
Handphone aku tak lah secanggih neh...


          > OTW. weh, aku tertinggal kunci bilik. sape yang dah balik?


Aku terus mencari nama Zulhilmi dalam senarai buku telefonku. Aku tahu Zul balik awal ke hostel. Boleh tumpang bilik dia! Taklah aku merempat malam ini. Tetapi, panggilanku tak dijawab. Tut, bunyi mesej masuk. 


                Azzam > aku, zul, azreen, fadhil, meon. Nanti dah sampai bagitau.


                >ok. nanti aku text.


Aku dengan laju mencari nama Fadhil pula dalam senarai buku telefonku. Panggilanku diangkat. 
Kunci bilikku.. bertuah betul boleh tertinggal..


         "Fadhil, nak tumpang bilik nanti... aku tertinggal kunci bilik... huhuhu... boleh tak?", rayuku pada Fadhil.
         "Hem... takpa, hang duduk ja bilik aku. Lagipon Syafiq tak balik lagi. Nanti dah sampai depan pondok guard, bagitau tau. Nanti aku ambik ko." Loghat Kedahnya masih melekat walaupun dia sebenarnya tinggal di Selangor. Maklumlah, sudah lama bersekolah di Kedah.


          Selamatnya aku tiba di pintu pagar universiti 'kesayangan' aku ini, aku terus mencapai telefon bimbitku. Apa lagi, telefon Fadhil lah. Suruh dia ambil aku kat depan neh. Dah lah jauh hostel tuh. Terpaksakah aku menumpang biliknya buat seketika waktu sementara roommate aku masih belum pulang.


Mujurlah aku ada kawan-kawan yang sudi menolong aku. Huhuhu... lau tak, tak tau lah aku nak tidur mana malam tuh... Mujur aku bukan seorang yang antisosial yang tak suka bergaul dengan ramai orang... Thanks my friends! Jasa baik korang sangat aku hargai! Huhuhuhu...
F.R.I.E.N.D.S


Moral of story:
1. Ingat! Sebelum keluar rumah, pastikan korang buat last spot check. Pastikan tiada barang yang penting tertinggal!
2. Pastikan anda mempunyai contact number rakan-rakan yang banyak. Kalau keadaan kecemasan, boleh call dorang!
3. Pastikan anda menjaga hubungan dengan rakan anda. Pastikan juga skill komunikasi anda dengan rakan anda sangat bagus. Ini akan memudahkan anda untuk meminta pertolongan dari mereka jika ada hal kecemasan. Tak lah segan nak mintak tolong...


p/s: Sebenarnya ini kes kedua aku tertinggal kunci. Yang pertama tuh, aku balik sekali dengan roommate aku. Selamat...


>> Nama watak yang digunakan adalah mengikut kesesuaian. Terpulang lah pada korang nak percaya atau tidak.<<

2 comments:

  1. haha.. terharunya nama aku pun masok dalam nih!! hehe..~~~ :P

    ReplyDelete
  2. eh, jgn bocorkan identiti... hehehe..
    kredit kat ko yg tolong aku... thanks tau.

    ReplyDelete