Showing posts with label UTP. Show all posts
Showing posts with label UTP. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Gosip - Gosip UTP : Pilihan Raya Kampus (PRK) UTP

Sumber : MPP UTP

Gambar rajah diatas menunjukkan perbandingan peratus bilangan pelajar yang keluar mengundi semasa Pilihan Raya Kampus di UTP dan IPT yang lain (skema siak! macam ayat SPM kot!). 
Korang terkejut tak tengok angka-angka neh? Tak ae? Budak-budak UTP tak terkejut pun dengan perbandingan neh.Sebab kami tahu sistem pengundian dan pilihan raya kampus kami macam mana. No wonder lah ramai yang malas nak turun.


Meh aku cerita pengalaman aku terlibat dalam PRK sebanyak 2 kali selama 3 tahun di UTP.
Cop! Cop! 2 kali dalam 3 tahun? Bukan setahun sekali keh?
Yer. 2 kali jeh. Tahun 2010 dan 2012 jeh PRK yang aku pernah lalui setakat neh since aku masuk UTP pun tahun 2010. 2011 takde PRK. Mungkin sebab peralihan dari di-mester (2 semester setahun), kepada tri-mester (3 semester setahun) pada tahun 2011 tuh kot. Masa semester September-Disember tuh, mmg ramai giler budak cuti. Tinggal budak UG Mei '11, Sept '11 dan Foundation Jan '11 dan Mei '11. Sikit jeh you all. Nak buat pilihan raya masa tuh pon tak sesuai. So, Semester Januari-April 2012 dipilih untuk dijalankan PRK seterusnya.

PRK 2010
Pengalaman aku yang pertama merasai suasana PRK. Aku boleh terlepas manifesto you all! Sedar sedar senior dah cerita pasal nak mengundi! Bukan aku jeh, ramai budak-budak foundation tak tau manifesto dekat mana dan bila. Selak-selak e-learning xde pon detail manifesto. Poster "Undilah Saya" dah ade tapi xde pulak bagitau suruh datang manisfesto.
Ye lah, aku kan mentah-mentah tak masak lagi masa tuh. Tak tahu apa apa pon. Rugi sangat tak tengok manifesto. Undi jeh lah abang-abang yang hensem dan akak- akak yang cantik.
Tapi bagus lah 2010 nyer. Undian boleh dibuat di cafe village masing-masing. Masa makan tengah hari pon sempat nak mengundi.

PRK 2012
Mantap lah! Aku suka tahun nie punya. Sebab aku follow manifesto sekali. Jadi tahu lah siapa yang layak diundi. Lagipun budak batch aku ada masuk bertanding. Memang semangatlah aku menolong bersama mengantung poster.
Siap ade lucky draw lagi bagi siapa yang turun mengundi. Tapi, kena turun mengundi dekat Chancellor Hall. Satu tempat jeh? Dah lah ramai yang tak suka CH tuh. Lubuk pak guard kot. Kalau takut dengan tebuan, jangan bermain di sarangnya. Dah lah tuh, ditakdirkan cuaca sangat mendung pada hari itu. Memang boleh predict lah berapa kerat jeh student yang akan turun mengundi.
Kenapa lah tak buat di cafe setiap village? Bangun-bangun tido tak gosok gigi pon boleh pergi mengundi.

Undian atas talian (online)
Kenapa UTP tak buat macam neh? Tengok UIA, dorang pakai undian atas talian jeh. Takde pon perkataan TEKNOLOGI kat nama univeristi dorang.
Kenapa? takut kena hack ae?
Ok, UTP ramai hacker... 
Kalo ramai, dah lama dorang hack student profile tuh. Padam semua saman yang yang ada. Kan lagi menguntungkan.
Kalo takut undian pukal, guna lah Student ID sebagai identiti. Takde lah kes pengundi hantu nanti. Lagi effective aku rasa. Tak payah buat kiraan undi manual. Takde kes tersalah kira undi. Undi rosak pon takde! kaannnnn.
So, management UTP kena take note lah. Kalo ITMS malas nak buat, suruh jeh budak Post Graduate ICT tuh buat. Hulur duit, setel masalah. Siap boleh kasi budak final year buat FYP sekali.
Kalo buat undian atas talian, rasanya bilangan pengundi akan meningkat.

"Celik mata, bukak FB, baca status suruh mengundi, bukak link, masuk ID, pilih calon. submit."

Cafe-cafe sekarang kan dah ade wireless. Most of the student pon dah ade smart phone. Sambil-sambil makan pon bole mengundi sekali. Siap bagitau kat member suruh mengundi. Kannnn.

Nano neh, bebel jeh kerja...
Aku bagi bagitau jeh apa yang aku rasa. Dan bagi cadangan dari buah fikiranku yang kecil ini. Kalo tak nak terima, takpa. Aku terima pandangan korang dengan hati yang terbuka. Setiap benda ada baik buruknya. peace yo! (^.^)Y 

Saturday, July 2, 2011

Gosip - Gosip UTP : Tukar Nama

Aku ade bebelek stats aku... Terkejot giler bile dalam seminggu, post paling banyak adalah pasal UTP dan mencecah lebih 80 view dengan followers aku yg tak ramai. Takkan lah followers aku nak bukak benda sama tiap hari kan. Cuak aku... takut bawak cerita salah.. Aku terus mengikuti kes UTP tukar nama neh.. Sampai Presiden MPP post dekat Facebook yang Vice Chancellor cakap semua itu khabar angin jeh.. OH GOD! Apa aku dah buat neh...


Last-last aku jumpe nie:


kat blog orang nie >> Klik Sini . So, betul lah kan aku tulis tuh.. 

Tak kan Head Department Civil menipu lak kan.. Berapa ramai budak yang pergi Welcoming Address malam tuh yang dengar pasal kes UTP neh.. Korang nilai-nilai lah.. 

Apa pun perubahan, aku sanggup hadapi. Asalkan yuran pengajian tak naik dengan melambung dan aku mampu nak teruskan pengajian dengan duit MARA tuh. MARA dah lah tak nak tambah duit "pinjaman" dorang tuh. Tolong faham ae UTP. Nie aku yang ber"biasiswa". Yang tak ada tuh? Macam mana?

Mungkin akan ada juga pihak yang tak puas hati dengan penukaran nama neh... Sebab dekat speech tuh nak banyak kan petro-technical graduate.. So, adakah semua major dalam UTP akan ditukar dan hanya difokuskan pada industri minyak dan gas asli sahaja? Aku tak dapat nak jawab... Kita tunggu dan lihat sahaja. Kalau tak puas hati, kita pakat ramai-ramai tukar U...

Wednesday, June 15, 2011

Universiti Teknologi Petroleum?


Dengan ini diumumkan Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan ditukar nama kepada Universiti Teknologi Petroluem.. Highlight disini, "akan" ae.. Bukan sekadar khabar angin dah... khabar ribut taufan! Terkejutkan? Tapi nak buat macam mana. Mesti ada sebab tertentu kan..


Kami student, yang dengar macam nie terkejut jugak lah.. Dulu ada angin berlalu cakap Petronas nak jual UTP dekat kerajaan negeri Perak. Tukar nama Universiti Teknologi Perak. Pastu tak jadi sebab kononnya kerajaan negeri Perak tolak disebabkan kos selenggara UTP terlalu tinggi. Memang hakikat kos UTP agak tinggi. Lampu banyak menyala malam-malam. Air-cond memanjang.. Mane tak nye.


Nie dengar lak, Pertonas dah tak nak bagi duit kat UTP dah. "we will not gift you any money. so, how you want to survive?" Gila ka? Tak terservive lah.. Tau  tak yang UTP tak ada ConvoFair tahun nie? Semua sebab Petronas sudah tak nak bagi UTP peruntukkan.. 


Kami student masih lagi tak puas hati.. Petroleum? OMG! So, bebudak selain program (kat sini tak panggil course / kursus) kejuruteraan petroleum macam mana.. tambahan pula bebudak dari program kejuruteraan elektrik dan elektronik. Ada keh major dalam petroleum? program kejuruteraan awam mesti akan dikecilkan major nanti... Sesuka hati jeh orang atasan nak tukar semua..


Tapi, lebih elok kalo kita selidik dari dok fikir bukan-bukan.. Semalam (14/6/2011) aku dan rakan seprogram dengan aku meghadiri Welcoming Address and Dialog Session Civil Engineering Department. Biasa lah.. talk sal civil department kat UTP pastu ade sesi soaljawab. Maka muncul seseorang ini menanyakan perihal UTP. 


Jawapannya ialah: UTP berhasrat untuk menukar nama setelah Petronas tidak lagi menaja UTP. So, what the point nak bubuh Petronas lagi kan? Buang jauh-jauh... Nanti UTP nak mintak peruntukkan atau tajaan susah.. Dorang mesti cakap, "U dari Petronas, kenapa tidak mintak pada Petronas?" Bila tiada tajaan.. maka tiadalah ConvoFair dan bermacam lagi.. 


UTP


Jadi, kita sebagai student UTP harus terima hakikat. Semuanya dilakukan dengan bertujuan. Tujuan utama: jangan nak susahkan student ae! Jangan naikkan yuran pembelajaran dengan tinggi nyer ae.. Bertimbang rasa lah sikit.. 


 Apa lah aku nak cerita kat family aku nanti. Bukan Petronas dah ayah. Petronas dah tak nak UTP dah. Dorang tak nak bagi duit dah.. UTP kena cari duit sendiri lah..