Wednesday, June 15, 2011

Universiti Teknologi Petroleum?


Dengan ini diumumkan Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan ditukar nama kepada Universiti Teknologi Petroluem.. Highlight disini, "akan" ae.. Bukan sekadar khabar angin dah... khabar ribut taufan! Terkejutkan? Tapi nak buat macam mana. Mesti ada sebab tertentu kan..


Kami student, yang dengar macam nie terkejut jugak lah.. Dulu ada angin berlalu cakap Petronas nak jual UTP dekat kerajaan negeri Perak. Tukar nama Universiti Teknologi Perak. Pastu tak jadi sebab kononnya kerajaan negeri Perak tolak disebabkan kos selenggara UTP terlalu tinggi. Memang hakikat kos UTP agak tinggi. Lampu banyak menyala malam-malam. Air-cond memanjang.. Mane tak nye.


Nie dengar lak, Pertonas dah tak nak bagi duit kat UTP dah. "we will not gift you any money. so, how you want to survive?" Gila ka? Tak terservive lah.. Tau  tak yang UTP tak ada ConvoFair tahun nie? Semua sebab Petronas sudah tak nak bagi UTP peruntukkan.. 


Kami student masih lagi tak puas hati.. Petroleum? OMG! So, bebudak selain program (kat sini tak panggil course / kursus) kejuruteraan petroleum macam mana.. tambahan pula bebudak dari program kejuruteraan elektrik dan elektronik. Ada keh major dalam petroleum? program kejuruteraan awam mesti akan dikecilkan major nanti... Sesuka hati jeh orang atasan nak tukar semua..


Tapi, lebih elok kalo kita selidik dari dok fikir bukan-bukan.. Semalam (14/6/2011) aku dan rakan seprogram dengan aku meghadiri Welcoming Address and Dialog Session Civil Engineering Department. Biasa lah.. talk sal civil department kat UTP pastu ade sesi soaljawab. Maka muncul seseorang ini menanyakan perihal UTP. 


Jawapannya ialah: UTP berhasrat untuk menukar nama setelah Petronas tidak lagi menaja UTP. So, what the point nak bubuh Petronas lagi kan? Buang jauh-jauh... Nanti UTP nak mintak peruntukkan atau tajaan susah.. Dorang mesti cakap, "U dari Petronas, kenapa tidak mintak pada Petronas?" Bila tiada tajaan.. maka tiadalah ConvoFair dan bermacam lagi.. 


UTP


Jadi, kita sebagai student UTP harus terima hakikat. Semuanya dilakukan dengan bertujuan. Tujuan utama: jangan nak susahkan student ae! Jangan naikkan yuran pembelajaran dengan tinggi nyer ae.. Bertimbang rasa lah sikit.. 


 Apa lah aku nak cerita kat family aku nanti. Bukan Petronas dah ayah. Petronas dah tak nak UTP dah. Dorang tak nak bagi duit dah.. UTP kena cari duit sendiri lah.. 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. pinjam gambar ye...

    http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/universiti-teknologi-petroleum.html

    ReplyDelete
  3. hahaha~ xde in text citation pon.. link keh~

    ReplyDelete
  4. oooo... sebbek da abes belajar dr utp... hihi. tp yela.. korg yg ish2... x patot betol....

    ReplyDelete