Tuesday, February 14, 2012

Pengalaman Bekerja

Dah lama sebenarnya nak post natang alah nie. Selalu betul rasa malas... Memamg tak dapat nak elak lah rasa malas nie. Malas oh malas. Takpe! Aku rajinkan diri untuk post kali nie.

Masa cuti semester yang panjang selama 4 bulan retu, aku berhinjrah ke Johor sebentar. Nak mencari pengalaman di tempat orang. Maka, aku pon stay lah ngn abang aku.

Memula aku mintak kerja tuh, main mintak jeh. Semua kedai yang ada "Jawatan Kosong" aku pergi serbu. Kedai runcit, kedai buku, kedai cenderahati, KFC, hotel... Lepas mintak tuh kan, tunggu lah feedback dari dorang tuh. Aku punya aim, sape yang call aku dulu, aku pergi. Tik tok tik tok, kedai cenderahati, dan barang perkahwinan pulak yang call aku dulu. Mintak aku datang kedai dulu nak bagitau pasal gaji semua. Aku pergi lah. Aku bagi lah masa untuk berfikir dulu dengan harapan ada kedai lain yang call aku. Tapi takde lah pulak.. 

Aku pun bersetuju untuk bekerja di Honeymoon Shop, kedai barang perkahwinan, gubahan bunga dan cenderahati. Jeng jeng jeng. Maka ramai lah yang bertanya kat aku bila aku citer yang aku kerja kat situ.

"Camne ko boleh dapat kerja kat situ nano?"
"Hurm... Ntah lah. Aura kot... Lagipon kedai tuh baru bukak. Memang sangat memerlukan pekerja."

"Sesuailah sangat ngan jiwa kau kan. Kau kan suka benda-benda kretif tuh kan."

=.='

Lantak lah orang nak perli aku ape keh. Yang penting aku dapat mencari rezeki yang halal dan aku happy dengan kerja aku.

Maka jadi lah aku seekor kumbang di taman bunga. Aku sorang jeh pekerja lelaki kat kedai tuh kecuali bos aku lah. Actually bos aku tuh bukak 2 kedai. Dia jaga kedai 1 lagi dan kedai yang aku kerja tuh, dia kasi bini dia jaga. Dia buat share ngan cina. Kiranya aku ada 2 bos lah. Sorang melayu n sorang cina. Bos cina banyak tolong dari segi cari supplier ngan modal sikit. Yang bos melayu menguruskan semua hal di kedai dan pekerja.


Yang kiri nama dia Kak Ika. Yang kanan pulak nama dia Kak Yat

Nie pulak namanya Kak Lin.
 Kak Ika ngan Kak Lin neh adik beradik dan Kak Yat pulak bini bos aku. Aku hanya mampu lukis jeh muka dorang. Takde pon ambik gambar.


Kalau dah bekerja sebagai pembantu kedai neh, memang semua kerja lah kena buat. Takde yang specifik pon. Tambah-tambah aku nie lelaki. Aku lah stor keeper, aku lah yang layan customer, aku yang susun-susun semua.Mujur aku tak jadi cashier... Lau tak, bertambah lah kerja aku.


Macam-macam jenis customer lah yang aku jumpa. Nak itu lah, ini lah. Cerewet banyak jeh. Last-last barang dia x bape lawa pon. Ada jeh yang jenis OK. Ikut jeh camna kamiorang buat. Kamiorang puas, customer pon puas.

Mostly, kalau buat hantaran, kamiorang suka buat campur-campur tangan. Berbagai idea dicampur gaul bersama dalam membikin hantaran tuh. 
Kak Ika selalunya kontrol budget. Sebab kamiorang buat hantaran ikut budget customer. Upah tak ambik, ikut harga barang sahaja (daily script mase promote kat customer. rindu nak cakap cmtu lagi).
Kak Lin pulak buat kerja-kerja tampal-tampal dan salut-salut. Lipat-lipat kain semua, serah jeh kat dia. Memang expert. 
Kak Yat pulak, jadi tempat merujuk. Kena tanya jugak kat dia, "Kalo buat macam nie OK tak?". Kalo tak tanya dan dia tak puas hati ngan hasil kerja... Memang masak lah kena marah.
Aku? Hehehe... Akak-akak neh, selalu suruh aku ikat bunga, cocok bunga, ngan buat sirih junjung. Yang simple aku reti lah.. Kalo yang complicated tuh, tak cukup ilmu lagi.


Tapi aku hanya mampu kerja selama 1 bulan 10 hari jeh. Sebab aku dah plan nak buat benda lain at rest of my semester break.


Dalam seronok-seronok tuh, ada jeh yang tak best. Masalah muncul bila ada percanggahan antara 2 orang bos, bini bos ngan pekerja. Bos cina cakap macam nie,macam nie.. Bos melayu pulak cakap macam nie, macam nie pulak. Bini bos pulak ikot kepala dia. Aku pun dah pening nak ikut kepala siapa. Jalan selamat, aku tengok siapa yang jaga kedai time tuh, ikut jeh kepala dia. Kalo bos yang lain tanya, jawab jeh lah bos yang tuh suruh buat macam tuh. Nasib lah kena marah. Tuh masalah dalaman.
Masalah luaran pun ada jugak. Ada lah aku kena shot ngan customer. 
"Lelaki pun pandai mengubah. Dah macam perempuan."
Sakit hati tuh, aku sorang jeh lah yang pendam. Rasa nak jeh sound pak cik tuh, "Kalo dah perempuan pon tak reti nak buat, siapa lagi nak buat.. Pak cik, saya nak cari kerja yang halal. Kalo saya nak jadi perempuan, dah lama saya operate buang *****, tambah *****. Melacur tepi jalan lagi dapat banyak duit pak cik!"
Ada jugak budak-budak (anak customer) suka mengusik aku. Ada keh pattut masa aku tengah buat kerja, dia pergi tepuk belakang aku kuat-kuat. Nak jeh aku jerit! Sabo-sabo.. kang jadi perbualan bini bos aku pulak nak mengumpat ngan orang lain pasal aku pulak kan.


Anyway, banyak benda lah aku belajar semasa bekerja tuh.
Kita haruslah saling bertolak ansur dalam semua hal.
Kita perlulah bersabar dalam menghadapi segala rintangan yang menghalang.
Kita janganlah bersikap mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
Kita perlulah merasa rendah diri dan menghormati orang lain dalam menyuarakan pendapat kita dan mendengar pandangan orang lain.

Friday, February 3, 2012

Harta Karun

Masa aku kemas-kemas barang nak balik hostel lepas cuti 4 bulan tuh, aku terjumpalah barang mainan aku mase kecik-kecik dulu. Ada lah sikit... Tapi, aku nak higlightkan salah satu permainan yang amsih aku simpan dan aku masih simpan lagi manual nak main permainan tuh...

Ini dia! Duel Masters Trading Card Game!










Nie lah die serba sedikit koleksi kad aku.. Aku ada dalam 85/110 kad sahaja yang terkumpul (tiada kad yang berulang).

Panjang lah pulak post aku nanti kalau aku cerita macam mana nak main kad tuh. Takpe, aku dah carikan link yang korang boleh lawat untuk membaca manual permainan kad ini..

>> Main page yang korang boleh cari info pasal game neh : http://duelmasters.wikia.com/wiki/Duel_Masters_Wiki


Rupanya ade yang lebih upgrade dari koleksi yang aku ada neh.. Maklumlah dah lama tak follow game neh. Macam-macam jenis-jenis kad baru muncul dan cara permainan baru.. Huhuhu.. aku reti main yang basic jeh.
 .