Monday, January 31, 2011

Selamat Bersekolah

Rumahku, syurgaku. Sekolahku?? Korang sambung lah sendiri yek...


Rasanya masih awal tahun lagi kan? Aku nak ucapkan selamat bersekolah kepada adik-adikku, dan korang semua. Belajar rajin-rajin tau! Buat mak ayah bangga dengan kita. Yang masuk U tuh, selamat belajar lah. Awak tuh sekolah lagi keh? Hehehe...


Meh citer sal sekolah sikit.



Sekolah atau school dalam Bahasa Inggeris merupa istitusi atau tempat untuk menuntut ilmu. 


Di malaysia, kita ada berbagai jenis sekolah. 
Diantaranya ialah:
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 
Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 
Sekolah Menengah Agama (SMA), 
Sekolah Menengenah Kebangsaan (SMK), 
Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK),
Sekolah Agama Rakyat (SAR).


Mana satu sekolah anda? Hehehehe..


Masa dahulu kala, masa zaman pemerintahan British, orang biasa susah sangat untuk mendapat pendidikan yang tinggi. Anak-anak bangsawan dan orang ternama sahaja layak mendapat pendidikan tinggi... Tapi, sekarang sudah berbeza. Semua orang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.. Kita ada perbagai jenis biasiswa yang ditawarkan. Semuanya terserah kepada kita sendiri sama ada mahu belajar atau tidak...




Citer bab belajar,


Nak belajar neh, bukan kat sekolah jeh tau. Kat mana-mana pon boleh. Cam belajar dengan melihat alam semula jadi. Atau belajar dari pengalaman yang lepas. Betul tak? Sebenarnya Ilmu itu luas. Tidak terhad pada Sains, Matematik dan ilmu Bahasa. Kemahiran pun satu ilmu yang diaplikasikan. Seperti menjahit, memasak, dan bertukang. Setiap orang kan diberi kelebihan yang berbeza-beza. Tidak apa kalau kita tidak berjaya dalam hal akedemik. Itu tidak bermakna kita ini gagal. Banyak lagi kemahiran yang boleh kita belajar. Boleh join Giat MARA. Ceh, promote lak! hehehe.. Rezeki ada dimana-mana sahaja. Semuanya bergantung pada kita untuk mencari rezeki itu...