Thursday, May 5, 2011

Produk Google

Sebelum aku masuk Universiti Teknologi Petronas (UTP), aku merupakan pengguna Yahoo!. Yahoo mail aku pakai, yahoo massager aku pakai jugak. Pastu, bila masuk UTP jeh, aku mula memakai Gmail, google nya email akaun. Hehehe.. Mula-mula Gmail.. Lepas itu, google translate, Gtalk, Google chrome and last, google desktop. Hehehehe... Aku nak memperkenalkan produk google yang aku guna secara ringkas. Kalau korang berminat, gunalah!
google....


1) Gmail
Google nyer email akaun. Macam email yahoo yang lain. Aku mula guna akaun gmail ini sebab mostly senior UTP semua mempunyai gmail. Senang. Boleh buat google group (GG) yang cukup famous kalangan kelab-kelab atau mana-mana pertubuhan di UTP ini. Masuk jeh event, mesti ada GG. Memudahkan komunikasi antara ahli dan tidak perlu untuk buat meeting banyak kali. Google Wave lebih kurang macam GG. Meeting dalam alam maya.. Realtime kot! Hehehe..


Gmail kesayangan aku.. 


Contoh GG Bacth aku


Google Wave
 2) Gtalk
Mula-mula, aku tertanya juga, "apa itu Gtalk?". Setelah meng"Google", rupanya Gtalk tuh lebih kurang macam yahoo massager. Senior cakap, Gtalk lagi ok berbanding Gtalk, sebab keadaan internet UTP yang lembap menghadkan penggunaan YM. Dengan ciri-ciri Gtalk yang ringan dan simple, ia memudahkan komunikasi berjalan dengan lancar.
Gtalk menjadi teman berborak.


3) Google Chrome
Product google yang best. Google chrome lebih ringan berbanding Mozilla dan internet explorer. Jadi, acara melayani internet dapat dilakukan dengan pantas menggunakan google chrome. Gunalah google chrome!Banyak juga game yang boleh install dalam application google chrome ini.


Google Chrome yang smart!
4) Google Desktop
Google desktop lebih kurang macam desktop gadget window 7. Tapi rasanya google desktop ini untuk user yang tak pakai window 7. Ada extra gadget untuk google desktop yang aku suka: flower pot! Boleh siram-siram. Nak nampak cantik, letak cuaca atas folwer pot. Nampak macam real. Hehehe. Kat google dekstop, korang boleh add macam-macam. Youtube, Blog, News, Gtalk.. Try lah guna!
Google Desktop yang comel!


Rasanya taknak cakap banyak lah. Lagi pun, sekarang ini (5/5/2011) minggu exam. Nak study weh! Besok exam! huhuhu...Korang explore sendiri ae. Google jeh!

No comments:

Post a Comment