Monday, May 25, 2015

Sejarah Disebalik Nama Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari nie aku nak share cerita mengenai bagaimana aku mendapat nama "Zulkarnain" nie. Sebelum itu, tengok nama siblings aku dulu.

Haritar (Kak Yong)
Shahrizal (Cek Nyah)
Sharizam (Cek Yang)
Sharizan (Abang Jan)
Zulkarnain (Aku)
Syahira Asyikin (Syira)
Syahida Nadia (Adik)

See, kami 7 beradik nie, cuma aku dan kakak aku je yang nama lain sikit. Tapi okey la nama kakak aku tu, sebab gabungan nama emak dengan ayah. Nama aku nie? Lain bebenor...

Alkisahnya...
Semasa emak aku di hospital setelah selamat melahirkan aku di dunia yang fana ini, emak aku tak prepare lagi nama aku. Sebenarnya emak aku menjangkakan anak perempuan, tetapi yang lahirnya lelaki... Mungkin sebab aku tidak aktif sangat kot semasa dalam perut emak aku masa tu.

Jadi, ayah aku keluar dari wad dan mundar mandir sekitar kawasan hospital bagi mencari idea nama untuk aku. Tetiba, ayah aku ternampak seorang pak cik yang berasal dari Indonesia kerana bunyi bahasa percakapannya persis orang dari seberang. Ayah aku segera berbual bersama pak cik itu dan bertanyakan cadangan pak cik itu mengenai nama untuk aku. Pak cik itu pun mencadangkan supaya aku dinamakan sebagai "Zulkarnain".

Ayah aku segera masuk kembali ke dalam wad dan menyatakan bahawa dia sangat berkenan dengan nama "Zulkarnain" itu kepada emak. Lalu, aku pun didaftarkan dengan nama "Mohamad Zulkarnain Bin Mohamed Mokhtar".

Sebenarnya, kakak aku ingin menamakan aku dengan nama "Shahriman" sebagai menyambung nama abang² aku yang terdahulu. Tetapi ayah aku menolak mentah² cadangan kakak aku itu kerana terlalu sukakan nama "Zulkarnain". Kalau tidak, sudah tentu sekarang orang memanggil aku dengan nama "Iman" atau "Man".

Tidak pula ayah menceritakan kenapa dia sukakan nama aku nie. Mungkin dia percaya dengan rezeki pada nama kot. Aku pon tak pernah nak tanya dengan lebih teperinci dan serious mengenai hal ini. Cukup la aku tahu serba sedikit sejarahnya supaya nanti aku boleh bercerita pada anak² aku nanti. Cehwah, dah berangan ada anak dah... Hahaha

Bagaimana pula dengan kisah disebalik nama anda? Kongsikan lah bersama saya. (^o^)Y

No comments:

Post a Comment