Monday, May 18, 2015

Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlalu lama sangat aku tak menulis blog nie. 2 tahun jugak la... Tetiba rasa nak giat aktif semula dalam penulisan blog ini. Sementara masih bergelar 'penanam anggur' yang pemalas ini, boleh la meluangkan masa dengan menyuarakan dan berkongsi pendapat dengan panjang lebarnya. Hihihi

Isu dekat facebook & twitter yang tengah kecoh nie (18/5/2015), pasal budak selfie dalam adat istiadat convocation UiTM tempoh hari. Macam² reaksi masyarakat mengenai tindakan pelajar itu.

Tak hormati majlis
Yes, majlis graduasi ini memang penuh dengan protokol. Memandangkan tetamu yang hadir adalah orang-orang terhormat dan ternama, sudah tentu pihak universiti merasakan sangat perlu untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Takde la nanti kena bantal habis-habisan masa postmorterm nanti. Jadi mereka 'memberi pandangan'  supaya pihak universiti mengenakan tindakan yang tegas pada graduan itu.

Relax la, U lain boleh je menari bagai
Kebanyakan pelajar dan remaja di luar sana merasakan tindakan itu bukan lah suatu kesalahan yang besar. Habis semua pakat share video semasa majlis pengambilan scroll di Universiti masing² dengan pelbagai lagak dan gaya. Tak kurang juga yang mengecam 'tindakan' pihak universiti yang mengantung scroll graduan terbabit.

Pendapat aku...
Aku macam terasa terkesan jugak sebenarnya memandangkan aku akan bergraduasi pada Oktober (2015) ini. Mesti pihak universiti akan menyediakan peraturan yang cukup ketat semasa majlis tu nanti rentetan daripada isu yang tengah panas ini. Baru berangan nak bawa batang monopod sekali nanti. Haha
Bagi aku, terpulang pada pihak pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan yang macam mana. Hormati keputusan mereka dan tak perlu mereka cerita dan me-sensasi-kan benda yang tak pasti. Sebab yang menanggung rasa, pihak universiti juga. Lagipun setiap universiti ada corak pentadbiran masing.

Tak perlu la kita nak desak itu ini. Tipu la kalau cakap aku tak pernah protes dengan sistem pentadbiran universiti yang kadang kala sangat menyusahkan pelajar. Nak buat macam mana, redha je la. Mereka buat pon membuat peraturan berdasarkan pengalaman mentadbir pelajar² yang lepas. Orang kata, tak nak pisang berbuah dua kali. Rasanya, perlu salahkan pelajar yang buat hal dan yang kena tanggung peraturan baru yang ketat, pelajar lain juga.

So, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Fikir both of side dan hormati keputusan orang lain. Tak mustahil orang lain akan menentang keputusan kita, jika kita tak pernah nak hormati keputusan orang lain. Kadang kala, nasihat itu perlu berhikmah.

#AkuYangTulisKauYangTerbakar

No comments:

Post a Comment