Sunday, November 11, 2012

Bumi Bergelap pada 23 hingga 25 Disember 2012?




Sejak akhir-akhir ini, cerita mengenai dunia akan bergelap pada 23 hingga 25 Disember 2012 tersebar luas. Namun begitu, pihak NASA menafikan kenyataan berikut adalah dari pihak mereka.

Berikut adalah artikal NASA pada 22 Disember 2011 yang sama sekali menyangkal kenyataan tersebut: http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012.html

Katanya, pada tarikh berikut, semua planet akan berada digarisan sejajar dan menyebabkan cahaya mentari tidak sampai ke Bumi.

Ada juga pihak yang mengatakan, bumi akan bertukar dimensi dan pelbagai lagi spekulasi dikeluarkan. Keadaan ini menyebabkan ramai yang panik.

Jika keadaan ini benar, sudah tentu pihak NASA akan memaklumkan maklumat ini kepada semua pihak terutamanya jabatan keselamatan dalam negara atau tentera di mana perancangan rapi untuk menghadapi fenomena ini akan dilakukan dengan rapi. 

Cuba korang bayangkan kalau perkara ini benar-benar berlaku. Bumi tanpa cahaya matahari selama 3 hari..

Tiada kitaran air.
Kitaran air tidak akan berlaku tanpa cahaya matahari yang menyejatkan air laut. Air hanya akan tersejat dengan aktiviti manusia sahaja pada masa itu. Cuba bayangkan, berapa peratus jeh kadar sejatan air oleh aktiviti manusia berbanding kadar sejatan air laut oleh cahaya matahari pada masa sekarang?

Tiada pergerakan angin.
Pergerakan udara samaada bayu laut atau bayu darat tidak akan berlaku kerana tiada cahaya matahari untuk memanaskan lautan mahupun daratan. Keadaan ini menjejaskan sedikit sebanyak keadaan iklim dunia.

Tiada liputan awan dan penurunan suhu bumi.
Apabila tiada sumber haba dari matahari, suhu permukaan bumi akan menurun dan hal ini sedikit sebanyak mampu mengubah ekosistem di bumi ini. Tiada lagi liputan awan kerana tiada haba untuk menyejat air. Maka, tiada lagi awan yang mampu memerangkap haba bumi dari terus terbebas.

Adakah Zaman Ais mampu berlaku dalam masa itu?



Fuh! Gila betik aku berfikir. Melampau sangat. Itu semua hanya kemungkinan yang dikeluarkan dari otak aku yang terlalu banyak berimaginasi. Dengan kuasa Tuhan, semuanya tiada yang mustahil.

Hebat betul sumbangan dan peranan Matahari pada Bumi kan?

Bagi yang beragama Islam, kita kena ingat. Rasul kita, Rasulullah S.A.W pernah menceritakan gambaran dunia pada saat kiamat akan berlaku. 
Maaf, jika ada salah, tolong betulkan... 
Kita akan merasai pemerintahan Imam Mahadi dahulu. Kemudian, baru Dajjal akan turun untuk menyesatkan umat manusia. Nabi Isa akan turun menolong Imam Mahadi melawan Dajjal dan Nabi Isa memerintah di muka bumi dengan aman. Ya'jut dan Ma'jut akan keluar pada zaman pemerintahan Nabi Isa untuk memusnahkan dunia. Pada masa itu, matahari akan terbit di barat dan bumi ditiup angin sangkakala...

Pergh! Hebat syiak nano berceramah. His, aku pernah buat assignment mengenai Hari Kiamat lerrr untuk subjek Pengajiaan Islam. Ilmu yang dimiliki harus dikongsi.

Cuba kalau korang fikirkan keadaan pula situasi dunia jika tiada cahaya matahri. Apa yang akan berlaku? Fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment