Wednesday, October 17, 2012

Papercraft Gundam Unicorn

Semasa cuti semester neh, aku buat neh lah sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang aku... hehehe.. take a look.

Proses pembinaannya memang memakan masa. Dari bulan 5 sampai awal bulan 10. Bukan apa, banyak kerja tertangguh kerana dek assignment. Student lah kata kan...

Aku print semua neh, awal sem. Buatlah sikit-sikit bila ada masa free.. Katanya projek jangka masa panjang. Lepas pertengahan sem, stop terus. Sebab dah start busy.. Pastu sambung masa cuti semester 4 bulan neh...
Printing template. 
Kepala yang disiapkan masa bulan 5.
kotak kerja. Hehe.
Awal bulan 10 bru siap.
Pastu bila dah siap neh, aku naik pening camna lah nak dirikan gundam neh. Sendi dia lembik blaka. Sampai aku kena sendat ngan kertas lain bagi keras sikit. Macam-macam pose aku cuba supaya bole stand. Lastly, pose camni lah yang mampu buat gundam neh berdiri sendiri.. Snap lah gambar semasa boleh pose neh. Haha~

Gambar pose dengan Beam Gun:



Gambar pose dengan Bazuka:



Yang nie pulak gambar bahagian badan nyer:










Kalo korang berminat nak buat natang neh, aku bagi link nyer: http://gunime.blogspot.com/2011/05/unicorn-gundam-papercraft-complete.html 

Nak buat neh memang perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi tau! So, selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment