Saturday, July 9, 2011

Multi-Level Marketing

Siapa yang tak tau MLM angkat kaki! Hehehe... Sekarang neh, MLM sangat meluas dan terkenal. Hampir semua produk nak di MLM kan. Korang baca kat sini pasal MLM: MLM.


Terdapat pelbagai pendapat mengenai MLM neh. Ramainya yang mengakui MLM neh sangat menguntungkan. Tak kurang jugak ada yang memandang MLM neh satu benda yang tidak bagus. Hermm...


"Peluang hanya datang sekali." 




Ye ke sekali aja? Sebenarnya peluang selalu ada depan mata. Cuma kita jeh tak nampak dan buat tak tau. Sebab apa? Sebab ego! Ego nak berubah! Fikir diri dah cukup segalanya... (terasa) 


Bila kita dalam keadaan yang terdesak, baru sedar peluang tuh datang. Baru sedar nak kaut semua peluang yang ada. Ye lah, kita sanggup buat apa saja bila dalam keadaan yang terdesak kan. Ramai orang join MLM sebab merasakan ianya satu peluang keemasan yang mampu mengubah hidup mereka. Betul tak?


"Apa neh MLM? Sistem Piramid? HARAM neh!"




Ada sesetangah merasa kan MLM tuh tak bagus. Ye lah, orang atas dok goyang kaki jeh dah masuk duit. Orang bawah penat dok cari orang. Tak patut betol! Ini memindas nama nya!


Sedapnya mulut... Hey, kalau orang atas tak susah-susah dahulu nak cari korang letak bawah dia, dia tak senang-senang lah sekarang.. Semua orang bermula dari bawah ok. Nanti kau dah dapat banyak kaki, kau pun duduk goyang kaki tunggu duit hasil penat kaki kau jugak kan? 




Aku?


Bagi aku, MLM ini hak korang untuk memilih. Selagi perniagaan itu Halal dan Bersih, selagi tidak menimbulkan penindasan pada orang lain, selagi tidak melanggar syarak, berniaga lah korang. Berusahalah korang untuk mendapat duit. Kalau orang tak nak, jangan dipaksa. Itu hak mereka untuk menerima atau tidak. 


Hormati pilihan orang lain. Please! tolong ae. Biarlah dia nak join MLM. Janganlah pulaukan dia.. jangan lah duk kutuk dia, "Hey, tak turun KL keh minggu neh?".. Ayat korang.. Biar lah dia. Mungkin dia lebih memerlukan dari kita... 


Aku tau jeh aktiviti dorang mencari prospek semua tuh. Aku tau jeh ada yang tercundang akademik sebab sibuk MLM. Ok ape, dia fail, die ada duit nak repeat. Yang ko fail sebab main game tuh? ada duit nak repeat? ok.. ko anak orang kaya.. Duit macam kertas jeh.. Ambil pengajaran dari yang lepas. Itu hak dorang untuk membentuk masa depan dorang. 


Tak perlulah nak anti sesangat dorang tuh. Tapi nak buat macam mana.. Dah lumrah alam.. Setiap benda baik, mesti ada yang pandang tak baik.



2 comments:

  1. fatwa dah di keluarkan pasal mlm...bloey rujuk lman web jabatan agama islam..

    ReplyDelete
  2. dah tgk dah Is.. die cakap "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam." so, aku x salah bg pandangan kan?

    ReplyDelete