Korang perasan tak yang kat MS Word yang korang guna itu ada Auto-APA reference style? Senang aja nak guna. Cuma perlu masukkan detail sumber korang, dan Word akan susunkan untuk korang. Tak perlu nak taip banyak-banyak.
Meh explore…
Menambah senarai rujukan (sources list)
Korang cari tool nie dulu… Pastu, korang click kat manage sources. Pastikan korang pilih APA kat Style tu tau!
Pastu click kat New… button.
3) Pilih Type of Source dulu. Pastu isi borang ini. Pastikan korang click kat show All Bibliogrophy tuh. Supaya detail-detail penting boleh dimasukkan bersama. Pastu klik OK.
4) Ini contoh kalau dah siap isi boring tadi. Siap ada preview lagi. Boleh lah Close. Korang boleh tambah banyak-banyak source yang korang guna dengan klik New. Pastu, korang guna button Copy untuk bubuh list reference korang kat Current List. Nanti nak bubuh references senang.
Memasukan in-text citation dalam text korang.
1) Click button Insert Citation kat toolbar tuh dan pilih jeh reference yang korang nak guna.
Nanti text tuh akan keluar macam ini.
2) Korang boleh edit in-text korang tuh.
Korang Cuma perlu klik pada text citation tuh. Dan klik kat bahagian kanan untuk edit box tuh. Kalau rasa nak keluarkan text tuh dari box die dan rasa susah jeh box tuh, click convert citation to static text. Box tuh akan hilang dan korang bebas nak edit nama atau tahun.
Meletakakan Bibliography pada akhir thesis.
1) Click kat bibliography dan pilih tamplet yang korang nak.
Ini hasilnya:
semua senarai rujukan korang yang korang letak kat Current List tadi akan muncul.
Siap! Selamat menulis thesis dengan jaya!
CANTEKK!!!! semat la weh.. :)
ReplyDelete