Saturday, March 12, 2011

APA reference style in MS Word 2007

Korang perasan tak yang kat MS Word yang korang guna itu ada Auto-APA reference style? Senang aja nak guna. Cuma perlu masukkan detail sumber korang, dan Word akan susunkan untuk korang. Tak perlu nak taip banyak-banyak.
Meh explore…

Menambah senarai rujukan (sources list)


    Korang cari tool nie dulu… Pastu, korang click kat manage sources. Pastikan korang pilih APA kat Style tu tau!


   
Pastu click kat New… button.




3)      Pilih Type of Source dulu. Pastu isi borang ini. Pastikan korang click kat show All Bibliogrophy tuh. Supaya detail-detail penting boleh dimasukkan bersama. Pastu klik OK.





4)      Ini contoh kalau dah siap isi boring tadi. Siap ada preview lagi. Boleh lah Close. Korang boleh tambah banyak-banyak source yang korang guna dengan klik New. Pastu, korang guna button Copy untuk bubuh list reference korang kat Current List. Nanti nak bubuh references senang.

Memasukan in-text citation dalam text korang.
1)      Click button Insert Citation kat toolbar tuh dan pilih jeh reference yang korang nak guna.

Nanti text tuh akan keluar macam ini.



2)      Korang boleh edit in-text korang tuh.

Korang Cuma perlu klik pada text citation tuh. Dan klik kat bahagian kanan untuk edit box tuh. Kalau rasa nak keluarkan text tuh dari box die dan rasa susah jeh box tuh, click convert citation to static text. Box tuh akan hilang dan korang bebas nak edit nama atau tahun.


Meletakakan Bibliography pada akhir thesis.
1)      Click kat bibliography dan pilih tamplet yang korang nak.

Ini hasilnya:
semua senarai rujukan korang yang korang letak kat Current List tadi akan muncul.

Siap! Selamat menulis thesis dengan jaya!

Friday, March 4, 2011

Untuk awak Teja Aulia

Hem! Hem! Ini tajuk novel okey. Bukan nama awek aku. Korang minat tak baca novel? Novel jenis apa yang korang suka baca? Jenis aksi? Tragis? Emo? Cintan cintun? atau jenis spiritual nyer?


Actually, aku ada baca novel sikit. Diantaranya ialah Untuk Awak Teja Aulia (yang aku nak cerita neh), Maria, Bila tuhan berbicara, 1515 Hijrah... Rasanya itu aja kot! Boleh kira dengan jari! Huhuhu... Kena banyak membaca lagi neh.


Novel ini mengisahkan persahabatan dua orang sahabat dan akhirnya meraka tersangkut di alam percintaan. Macam mana boleh jadi camni neh... Cintan cintun lak... Selalunya, kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan 'tergelincir'-terlebih suka! That happen pada dua watak utama dalam novel ini, Aulia dan Adil.


Nie cover buku tuh.. korang cari lah ae..




Aulia seorang yang kecoh orangnya. Berbeza dengan Adil seorang yang penyabar. Tetapi Adil gemar membuli Aulia. If korang baca novel nie, mesti tergelak bila baca part Adil membuli Aulia. Dorang kawan sejak kecil lagi, rumah dorang pun dekat-dekat jeh. Jadi persahabatan mereka sangat rapat. But, Adil merasakan dia seperti jatuh cinta pada Aulia... One day, Aulia dihantar belajar di Terengganu. Si kecoh ini  kalau boleh memang tak nak berjauhan dengan keluarganya. Tetapi, Adil berjaya pujuk Aulia untuk belajar di Universiti di sana.


Sahabat Adil, Pacai memang seorang yang suka buat lawak. Dia sangat baik orangnya dan akan tolong kawan-kawannya yang dalam susah. Dia juga lah yang berjaya mengorek rahsia yang Adil suka akan Aulia...


Part yang aku rasa paling best bagi aku masa Adil sanggup pergi ke Terengganu dari Johor Bahru untuk berjumpa dengan Aulia hanya semata-mata Aulia telefon menyatakan yang dia rindukan Adil. Romantik kot... Sekali dengan Pacai yng baru kenal berapa minggu tuh, si Adil seret sama pergi jumpa Aulia.


Tetapi, persahabatan mereka (bagi Aulia) terjejas kerana Aulia tidak dapat menahan marah kerana Adil tidak memberitahunya yang dia dapat kerja di Kuala Lumpur. Pergaduhan mereka telah membuatkan hubungan mereka bertambah renggang... Sian nya, persahabatan yang sekian lama hampir terputus kerana hanya kerana rasa tidak puas hati. Memang tak patutkan korang.. 


Eh! Korang, cite dia tak habis lagi neh. Korang kena baca sendiri lah macam mana masalah dorang boleh selesai... (e")hehehe...


Kenapa novel ini? Nak tau sebabnya? Sebab aku suka tema novel ini. Persahabatan dan percintaan. Persahatan dua orang sahabat, Adil dan Pacai mengambarkan yang kita perlu saling tolng menolong antara satu sama lain dan sentiasa update kawan-kawan kita! Hehehe... Siapa lagi yang nak sibuk hal kawan kita kalau bukan kita kan? But, jaga hati dorang jugak ok. Jangan cari pasal dengan dorang. Jadi seorang yang peka dengan sentiviti orang lain juga ya!


Selamat Membaca ae!