Aku dah habis tengok Gundam OO (GOO). Hem... not bad lah! Boleh lah bersaing ngan GS & GSD! Lukisan dorang pon sama cantik jeh! Suke! Suke! Dalam tengok-tengok siri GOO neh, aku terperasan... Asal macam ada sama jeh dengan GS & GSD? Hem.. Interesting!
my favorite anime... Gundam Seed Destiny |
Coordinators VS Innovator
>>Coordinator (GS & GSD) - sekumpulan manusia yang genetiknya diubah menggunakan kejuruteraan genetik. Genetik mereke diubah sejak mereka masih dalam bentuk benih lagi. Lebih kurang bayi tabung uji lah! So, dorang ini akan mempunyai multi-talent seperti yang ibu bapa mereka mahukan. Dorang akan mempunyai kebolehan bertarung yang dahsyat bila mereka dalam keadaan emosi yang tidak tenteram (SEED Mode).
>>Innovator (GOO) - manusia yang sebenarnya bukan manusia. Dorang dicipta untuk memastikan rancangan Veda berjalan. Dorang lebih kurang macam robot organik lah. Boleh bersatu dengan komputer dan boleh berinteraksi sesama mereka menggunakan gelombang otak. So, dorang pon ada skill bertarung yang hebat juga. Manusia biasa pon boleh jadi human-innovator kerana mengalami mutasi apabila GN partikal masuk dalam badan mereka. Seperti yang terjadi pada Louise dan Setsuna.
Kira Yamato in SEED Mode |
Lacus in SEED Mode |
Shin in SEED Mode |
SEED Factor dalam genetik dorang |
Kaum Innovator |
Marina Ismail |
Cagalli - menjadi presidan Orb setelah kematian ayahnya. Marina Ismail pun begitu. Dia terpaksa menjadi pemerintah setelah kematian ayahnya. Semangat dorang dalam memerintah negara masing-masing sangat gitu!
Lacus - seorang penyanyi bagi kaum Coordinator di PLANT. Seorang yang cantik dan banyak memberi semangat pada tentera ZAFT dalam mencari kedamaian. Marina pun reti menyanyi tau! Siap reti main piano lagi tuh! Lagu dia yang bertema kedamaian pun meluas tersebar. Permintaan lagunya untuk dikeudarakan di stesyen radio menunjukkan kehendak orang awam yang mahukan kedamaian.
Lacus & Cagali |
Genesis VS Memento Mori
Kedua-duanya adalah senjata laser yang dahsyat! High intensity of electron beam (pancaran electron berkepekatan tinggi).
Neo Genesis (GSD)- dibina di angkasa dan digunakan untuk menembak PLANT.Serangan itu menyebabkan kemusnahan yang dahsyat.
Memento Mori (GOO)- juga dibina diangkasa. A Laws telah mengunakannya untuk menembak ke bumi dan menyebabkan kemusnahan yang cukup dahsyat juga! Alasan mereka bertindak begitu menyatakan yang mereka nak menghapuskan kumpulan anti-kerajaan.
Neo Genesis structure |
Genesis bila nak tembak |
Station dimana cahaya laser dapat dibengkokkan. |
memento mori |
gambar rajah momento mori menembak |
Shinn Asuka & Louise Halevy
Shinn Asuka (GSD)- menyertai Earth Alliance setelah keluarganya terkorban semasa peperangan sedang berlaku. Dia berdendam dengan MS Strike kerana telah menyebabkan keluarganya meninggal dunia.
Louise Halevy (GOO)- menyertai A Laws kerana berdendam dengan Gundam yang telah menyebabkan keluarganya terkorban semasa majlis perkahwinan sepupunya.
Shinn Asuka |
Louise Halevy |
GUNDAM
Dalam siri GS & GSD, GUNDAM merupakan shortform bagi Generation Unrestricted Nuclear Drive Assault Module (GS)atau General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver (GSD)(tak tau lah yang mana satu!. Mostly, dorang tak minat nak panggil GUNDAM. Dorang lebih suka panggil mobile suit jeh!. Tak paham aku..
Dalam siri GOO, GUNDAM merupakan mobile suit yang menggunakan GN Partikal sebagai sumber tenaga. So, pada era dorang tuh, kiranya mereka gunakan elektrik dan tenaga solar sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mobile suit dorang lah. Hem.. ideologi yang berbeza...
Kira Yamato & Setsuna F. Seiei
Huhuhu kedua-dua watak ini tak banyak bercakap lah a.k.a pendiam. Kenapa ae? Nak nampak cool keh? Hem....
Kira Yamato |
Setsuna F. Seiei |
Hem, sebenarnya banyak lagi aku nak share, tapi lack of information. Takut salah informasi lak. Nanti ada pulak yang tak puas hati dengan aku. Lagipun aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang bukan nak baca pun lau panjang sangat. Lau aku citer semua, tak adillah bagi yang tak tengok lagi. Tak surprice... Hehehe.
No comments:
Post a Comment